Gaduh berebut pelanggan, 9 ‘longkai’ ditahan polis

Gaduh berebut pelanggan, 9 ‘longkai’ ditahan polis

Gaduh berebut pelanggan, 9 'longkai' ditahan polis

MELAKA: Polis menahan sembilan lelaki yang juga penarik kereta selepas disyaki terbabit dalam insiden pergaduhan berkumpulan di Jalan Datuk Haji Mohd Zain, Batu Berendam, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata kesemua lelaki terbabit yang berusia antara 20 hingga 64 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima aduan pada jam 7.30 malam.



Beliau berkata, kejadian disyaki berpunca daripada pertelingkahan dua kumpulan penarik kereta yang berebut pelanggan untuk perkhidmatan menunda kenderaan.

Bertindak atas maklumat itu, katanya, sepasukan polis dari cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, ke lokasi kejadian dan menahan kesemua suspek di tempat pergaduhan.

“Hasil siasatan mendapati kesemua yang ditahan mendakwa terbabit dalam kes gaduh gempar itu.

“Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.



Beliau menasihatkan orang awam agar tidak membuat spekulasi berhubung kejadian bagi mengelakkan tindakan dikenakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular beberapa video di media sosial yang memaparkan insiden pergaduhan itu sebelum pihak polis tiba di lokasi kejadian

6 ditahan disyaki gaduh di hadapan klinik



Gaduh berebut pelanggan, 9 ‘longkai’ ditahan polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button