Sambal Tumis Ikan Kembung

Sambal Tumis Ikan Kembung
Sambal Tumis Ikan Kembung

 

Kali ni kita masak menu nostalgia yang mak-mak kita suka masak dulu, Sambal Tumis Ikan Kembung. Sebenarnya dalam family Che Nom lauk ni paling sedap dimasak oleh abang Che Nom yang nombor 2. Dia memang paling berbakat memasak dalam family, malah lebih berbakat memasak dari Che Nom.

Sambal tumis air tangan beliau memang cukup pekat berpalit bak kata orang Kedah. Cukup dengan rasa manis, rasa pedas, ada rasa masam-masam sikit dan sampai sekarang pun Che Nom tak boleh lawan.

Ada satu bahan yang selalu dimasukkan kalau masak sambal ikan. Boleh rujuk resepi ye!



 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan:
    • 6-8 ekor ikan kembung
    • 2 sk garam halus
    • 2 sk serbuk kunyit
    • 4 biji bawang merah kecil
    • 3 ulas bawang putih
    • 1/2 inci halia
    • 15 biji cili kering
    • 2 senduk minyak masak
    • 1 biji bawang besar
    • 1 sb sos tiram
    • 2-3 sb air asam jawa
    • 2 sb gula putih
    • 2 sb sos ikan
    • 2 sb sos cili
    • Daun bawang

 

Cara Penyediaan:

 



  1. Cara-cara untuk ikan goreng:
    1. Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
    2. Panaskan minyak dan goreng sampai garing.
    3. Angkat dan ketepikan
  2. Cara-cara untuk sambal tumis:
    1. Potong kasar bawang merah kecil, bawang besar, bawang putih dan halia.
    2. Cili kering, gunting dan rebus sampai lembut dan tapis keluar biji.
    3. Kisar sampai halus bahan potong kasar, cili kering dengan sedikit air (boleh tambah belacan kalau suka).
    4. Bawang besar potong membulat.
    5. Panaskan minyak dan tumis sedikit bawang besar sampai layu.
    6. Masukkan bahan kisar halus dan air sampai pecah minyak.
    7. Bila kuah dah garing masukkan sos tiram, air asam jawa, gula putih, sos ikan thai dan sos cili. Teruskan masak sampai kuah menjadi gelap.
    8. Masukkan hirisan bawang besar dan ikan goreng. Kacau perlahan sampai sambal dan ikan goreng bergaul sebati.
    9. Hidang dan tabur dengan daun bawang.

 

Tip:

 

  • Tips untuk goreng ikan, kalau mata ikan bertukar warna putih maknanya ikan dah boleh alih.
  • Untuk tak nak ikan melekat, pastikan minyak betul-betul panas ataupun percik dengan sedikit garam atau masukkan asam keping sebelum goreng. Tapi yang paling penting periuk perlu well season sebelum guna.
  • Untuk tumis sambal pastikan minyak lebih sikit barulah sambal tumis masak elok.

Resepi Sambal Tumis Sotong



Sambal Tumis Ikan Kembung

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button