PM Kanada kecam Facebook sekat berita tempatan

PM Kanada kecam Facebook sekat berita tempatan

PM Kanada kecam Facebook sekat berita tempatan
Penduduk Lee Creek, British Columbia membawa barang keperluan ke kediaman masing-masing. – FOTO AFP

New York: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengecam tindakan Facebook kerana menghalang penyebaran berita tempatan mengenai situasi kebakaran hutan negara itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

“Tidak dapat dibayangkan syarikat seperti Facebook memilih untuk mengutamakan keuntungan korporat daripada memastikan warga kanada mendapat maklumat terkini daripada organisasi berita tempatan,” kata Trudeau pada sidang akhbar pada Isnin.

“Daripada membayar wartawan tempatan dengan adil untuk memastikan warga Kanada dimaklumkan tentang isu seperti kebakaran hutan, Facebook menyekat berita dari platformnya,” kata Trudeau.



Pada awal bulan, syarikat induk Facebook, Meta, mula menyekat warga Kanada daripada melihat pautan berita dan kandungan yang disiarkan oleh penerbit dan penyiar berita tempatan atau antarabangsa.

Langkah itu adalah sebagai tindak balas kepada undang-undang baharu yang memaksa gergasi teknologi membayar saluran berita untuk menyiarkan kandungan mereka di platform. Ia dijangka berkuat kuasa di Kanada menjelang Disember.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN




“Sekarang dalam situasi kecemasan di mana maklumat terkini adalah lebih penting berbanding sebelum ini, Facebook meletakkan keuntungan korporat di hadapan keselamatan orang ramai,” kata Trudeau.

Wilayah British Columbia di Kanada berada dalam keadaan darurat sejak Jumaat, ketika kebakaran terus melanda wilayah itu.

Premier British Columbia, David Eby berkata pada Isnin bahawa sekurang-kurangnya 50 kediaman di sekitar Kelowna Barat, kira-kira 350 km ke pedalaman ibu negeri Vancouver, telah dijilat api.

Keadaan darurat kekal berkuat kuasa untuk bandar itu, yang menempatkan 36,000 orang. Bandar Kelowna, dengan populasi hampir 150,000, turut terjejas akibat kebakaran itu.



Keadaan semakin reda sejak 24 jam lalu berikutan penempatan anggota bomba dan penyelamat. Penduduk dan pihak berkuasa menaruh harapan pada hujan yang diramalkan pada Selasa.

PM Kanada kecam Facebook sekat berita tempatan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Genap setahun Najib di Kajang, adakah akan terus dianiaya?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button