1,000 kanak-kanak migran AS belum bertemu keluarga
1,000 kanak-kanak migran AS belum bertemu keluarga

WASHINGTON: Kira-kira 1,000 kanak-kanak yang dipisahkan daripada ibu bapa mereka ketika cuba memasuki Amerika Syarikat (AS) pada zaman Donald Trump sebagai presiden masih belum disatukan semula dengan keluarga mereka.
Namun, apabila Presiden, Joe Biden mengambil alih jawatan Trump pada Januari 2021, beliau berikrar untuk membatalkan apa yang dipanggil pendekatan sifar toleransi terhadap pendatang haram oleh pentadbiran Trump.
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS dalam kenyataan berkata, pasukan petugas yang ditubuhkan untuk menyelaraskan usaha penyatuan semula itu setakat ini mengenal pasti seramai 3,924 kanak-kanak yang dipisahkan selama empat tahun Trump memegang jawatan, di mana 2,926 daripadanya disatukan semula.
“Daripada 998 kanak-kanak yang akan disatukan… 148 kanak-kanak sedang dalam proses penyatuan semula dan 183 keluarga dimaklumkan mengenai peluang untuk disatukan semula oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikontrak,” tambah kenyataan akhbar itu.
Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, Alejandro Mayorkas berkata, kerja-kerja kritikal mereka belum selesai.
“Kami mengesahkan komitmen kami untuk bekerja tanpa henti untuk menyatukan semula keluarga lain yang menderita kerana dasar kejam dan tidak berperikemanusiaan sebelum ini,” kata Mayorkas pada ulang tahun kedua penubuhan Pasukan Petugas Penyatuan Semula Keluarga di sini semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Indeks Persepsi Rasuah Malaysia makin parah, Tidak mendakwa Zeti dan Nazlan mungkin antara penyebab.
- Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.
- Zeti, Nazlan terus bebas tanpa gusar
- Zahid Hamidi: Pakar Bedah UMNO Berdarah Jawa
- Akaun parti dibeku , PPBM hadapi PRN dengan imej “penyamun”.
- ‘Langkah Sheraton 2.0’ naratif baru BERSATU?
Pada 2017, semasa tahun pertama Trump memegang jawatan, pentadbirannya membangkitkan idea untuk mengasingkan kanak-kanak daripada ibu bapa mereka sebagai satu cara untuk menghalang pendatang haram.
Dilancarkan secara rasmi pada April 2018, dasar sifar toleransi membenarkan prosiding jenayah dibawa ke atas sesiapa sahaja yang melintasi sempadan AS-Mexico secara haram mengakibatkan ibu bapa serta-merta ditahan tanpa anak mereka.-AFP
1,000 kanak-kanak migran AS belum bertemu keluarga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan
- Sepatut dapat semula USD9 bilion dari Goldman Sach , tapi diselesai dengan USD2 bilion sahaja? Di sarankan siasat Muhyiddin dan Zafrul.
- Kerana ‘Sedekah’, Hadi Awang Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Marang
- Pemecatan Dan Penggantungan Pemimpin UMNO Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Negara
- Arman calon Ketua Pemuda paling ‘ceria’
- Akaun Parti dibeku , PPBM beri alasan bodoh untuk lepaskan pembekuan.