Rumah terbakar, remaja OKU ditemukan rentung

Rumah terbakar, remaja OKU ditemukan rentung

Rumah terbakar, remaja OKU ditemukan rentung
Seorang remaja lelaki OKU ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Manjung, hari ini. – Foto ihsan bomba

MANJUNG: Seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 4.08 petang.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa adalah remaja warga Indonesia dan disahkan meninggal dunia di atas katil dalam salah sebuah bilik kediaman terbabit.



“Hasil siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah pada masa kejadian. Mangsa adalah OKU yang mempunyai rekod rawatan sawan di Hospital Seri Manjung, dan tinggal bersama ibu serta kakaknya di rumah berkenaan. Ketika kejadian, mangsa berada seorang diri di dalam rumah.

Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung melalui talian 05-6886222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan kes.

Sementara itu Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran rumah berkenaan pada jam 4.11 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah kelas C yang musnah terbakar 90 peratus. Komander operasi telah mengarahkan anggota bomba menjalankan kerja memadamkan kebakaran.

“Hasil pemeriksaan menemukan mayat rentung seluruh tubuh di atas katil. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan jam 5.52 petang tadi,” katanya.

Rumah terbakar, remaja OKU ditemukan rentung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button