China mengaku belon masuk ruang udara AS miliknya

China mengaku belon masuk ruang udara AS miliknya

China mengaku belon masuk ruang udara AS miliknya
Belon terbang di ruang udara Billings, Montana. -AGENSI

BEIJING: China mengakui objek yang berlegar-legar di ruang udara sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS) merupakan `belon udara’ milik kerajaannya yang digunakan untuk tujuan kaji cuaca.

Lapor BBC, Kementerian Luar China dalam satu kenyataan memaklumkan belon itu menyimpang keluar dari laluan perjalanan yang dirancang.

Menurut kenyataan itu, China menyatakan kekesalan bahawa belon udara yang digunakan bagi tujuan meteorologi dan misi saintifik tersasar ke ruang udara AS.



Jelas kenyataan itu, belon tersebut tersasar dari laluan disebabkan oleh perubahan angin yang tidak dijangka.

“Belon udara itu menyimpang jauh daripada laluan dirancang disebabkan terjejas akibat angin barat dengan keupayaan pemanduan kendiri yang terhad.

“China kesal dengan kemasukan belon udara yang tidak disengajakan ke ruang udara AS disebabkan force majeure,” jelas kenyataan itu.

Force majeure bermakna sesuatu keadaan luar jangka yang berlaku di luar kawalan munasabah pihak yang terbabit dan pihak yang terkesan itu tidak dapat mencegah, mengelak atau menghilangkan.



Sementara itu, pegawai pertahanan AS memaklumkan pihaknya percaya belon itu yang berlegar di ruang udara kawasan sensitif sejak kebelakangan ini, merupakan `peranti pengawasan beraltitud tinggi’.

Katanya, pihaknya kini sedang menjejaki belon itu di atas benua AS.

Jelas pihak berkuasa, objek itu terbang di ruang udara Kepulauan Aleutian Alaska dan melalui Kanada sebelum muncul di Montana. – AGENSI

Anak kirim hadiah, mak ayah kelu perancang kejutan terbangkan belon dengan wang



China mengaku belon masuk ruang udara AS miliknya

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button