Bapa punyai 102 anak mahu ‘bersara’ tambah zuriat

Bapa punyai 102 anak mahu ‘bersara’ tambah zuriat

Bapa punyai 102 anak mahu ‘bersara’ tambah zuriat
Hasahya Kasera (tengah, belakang) bersama anak, isteri dan cucu-cucunya.-AFP

KAMPALA: Lelaki Uganda yang tular kerana mempunyai seramai 102 anak akhirnya mengakui sudah cukup gembira dengan keluarga besarnya dan tidak mahu mempunyai cahaya mata lagi.

Lapor Mirror UK, Musa Hasahya Kasera yang tinggal di Bugisa di daerah Butaleja mengakui tidak dapat mengingati kesemua nama anak-anaknya apatah lagi nama cucu-cucunya yang sudah mencecah 578 orang.

Warga emas berusia 68 tahun yang memiliki keluarga besar hasil perkahwinan bersama 12 orang isteri itu malah tidak malu mengakui kadang kala turut keliru dengan nama panggilan isteri-isterinya.



Musa berkata, sudah cukup masanya untuk menambah cahaya mata dan kini mahu memfokuskan usaha menjaga dan membesarkan mereka selepas anak-anaknya kini berusia antara 10 hingga 50 tahun, manakala isteri yang paling muda berusia 35 tahun.

Isteri-isterinya kini juga dikatakan mengambil kawalan kelahiran untuk menghalang keluarga itu daripada terus berkembang.

“Pada mulanya ia adalah jenaka, tetapi sekarang ini saya sudah mula menyedari masalah yang wujud.

“Keadaan kesihatan saya sudah tidak begitu baik dan hanya memiliki dua ekar tanah untuk dijadikan tempat tinggal kepada keluarga yang begitu besar.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Dua isteri saya sudah meninggalkan saya kerana saya tidak mampu lagi menyediakan keperluan asas yang cukup seperti makanan, pendidikan dan pakaian,” katanya.

Musa kini menjadi tarikan pelancong di Uganda selepas ramai wartawan dan pengembara datang ke negara itu untuk menemuinya dan melihat sendiri ahli keluarganya yang besar itu.

Sebahagian besar keluarga Musa kini tinggal di rumah usang beratap genting dan lebih 12 pondok jerami berhampiran.

Musa dilaporkan mengahwini isteri pertamanya pada tahun 1972 dalam satu majlis tradisional ketika mereka berdua berusia 17 tahun dan anak pertama pasangan itu, Sandra Nabwire dilahirkan setahun kemudian.



Perancis kekal umur bersara 64 tahun, tiada lagi rundingan

Bapa punyai 102 anak mahu ‘bersara’ tambah zuriat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button