Suspek bunuh, tanam mayat suami kekasih direman seminggu
Suspek bunuh, tanam mayat suami kekasih direman seminggu
SUBANG JAYA: Lelaki warga India yang dipercayai membunuh dan menanam mayat suami kekasihnya di belakang sebuah banglo di daerah ini pada Mei tahun lalu direman selama tujuh hari.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan bersama kekasihnya yang juga isteri mangsa berusia 25 tahun, semalam
“Sebelum ini, pasangan kekasih warga India itu ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pasport dan mereka ditahan semula semalam selepas suspek lelaki terbabit mengaku terbabit dalam kes pembunuhan berkenaan.
“Kedua-dua suspek berkenaan direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 11 Februari nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Wan Azlan berkata, dua wanita tempatan serta seorang wanita warga Indonesia yang ditahan, kelmarin, pula disambung reman selama dua hari bermula hari ini hingga esok.
“Selepas ditahan kelmarin, mahkamah membenarkan tiga wanita berkenaan direman selama dua hari sehingga hari ini. Justeru, kita mohon untuk sambung reman mereka hari ini untuk siasatan lanjut.
“Setakat ini, kita sudah merakam keterangan tiga orang awam bagi membantu siasatan dan tiada tangkapan baru dibuat sehingga kini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Indeks Persepsi Rasuah Malaysia makin parah, Tidak mendakwa Zeti dan Nazlan mungkin antara penyebab.
- Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.
- Zeti, Nazlan terus bebas tanpa gusar
- Zahid Hamidi: Pakar Bedah UMNO Berdarah Jawa
- Akaun parti dibeku , PPBM hadapi PRN dengan imej “penyamun”.
- ‘Langkah Sheraton 2.0’ naratif baru BERSATU?
“Proses bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dibuat Rabu ini (8 Februari nanti),” katanya.
Semalam, media melaporkan tembelang seorang lelaki warga India yang dipercayai membunuh dan menanam mayat suami kekasihnya pada Mei tahun lalu di belakang sebuah banglo di daerah ini, terbongkar selepas polis menerima laporan daripada orang awam berkaitan pengakuan dibuat suspek berkenaan pada Khamis lalu.
Susulan itu, polis menahan isteri mangsa dan kekasihnya serta dua wanita tempatan dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara 25 hingga 35 tahun yang bekerja di banglo terbabit yang dijadikan sebagai pusat jagaan orang tua bagi membantu siasatan.
Rakan YouTuber didakwa bunuh kekasih
Suspek bunuh, tanam mayat suami kekasih direman seminggu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan
- Sepatut dapat semula USD9 bilion dari Goldman Sach , tapi diselesai dengan USD2 bilion sahaja? Di sarankan siasat Muhyiddin dan Zafrul.
- Kerana ‘Sedekah’, Hadi Awang Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Marang
- Pemecatan Dan Penggantungan Pemimpin UMNO Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Negara
- Arman calon Ketua Pemuda paling ‘ceria’
- Akaun Parti dibeku , PPBM beri alasan bodoh untuk lepaskan pembekuan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :