Riena Diana lebih terbuka

Riena Diana lebih terbuka

Riena Diana lebih terbuka
RIENA Diana reda sekiranya berdepan dengan ‘penyondol’ dalam hubungan cinta. FOTO Asyraf Hamzah

Melalui situasi pasangan dirampas wanita lain menjadikan keperibadian pelakon, Riena Diana bertambah kuat dan menerima ketentuan jodoh dengan lebih reda.

Perkara itu dikongsikan sendiri pelakon berusia 27 tahun itu apabila ditanya mengenai pengalamannya tatkala melalui fasa bercinta dengan bekas kekasihnya.

Di saat wanita lain mungkin akan melontarkan pendapat berbeza, Riena kini berfikiran lebih matang dan wajar mengenai perkara itu.



“Saya pernah bersama bekas kekasih saya dan ketika itu, kami bercinta selepas alam persekolahan dan agak lama juga.

“Namun, apabila lelaki itu ‘disondol’, ketika itu saya memang amat marah. Memang saya mengamuk. Tapi, selepas beberapa tahun perkara itu berlaku dan saya fikirkan semula, kenapa perlu mengamuk.

Riena Diana lebih terbuka
SELAIN Riena, drama yang kini ditayangkan di slot Akasia TV3 itu juga turut dibintangi Siti Khadijah Halim, Redza Rosli, Nazim Othman dan ramai lagi. FOTO Asyraf Hamzah

“Waktu itu memang kami fikir nak kahwin, tapi dia bukan jodoh saya. Saya rasa macam agak tak berapa bijak untuk mengamuk waktu itu,” katanya.

Riena kini reda dan menerima setiap takdir dan ketentuan yang sudah ditetapkan Allah buat seseorang.



“Tapi, bila difikirkan semula, saya rasa mungkin itu jodoh dia dan ternyata, memang betul saya menjaga jodoh orang. Dia akhirnya berkahwin dengan wanita itu.

“Jadi, saya cuba reda dan terima kenyataan. Kalau seseorang itu tidak ditakdirkan untuk kita, maksudnya dia bukanlah jodoh kita selama mana pun kita cuba bercinta.

“Awal-awal, biasalah. Saya melalui proses bersedih dan menangis. Tapi, lama-lama, bila difikirkan semula, kita reda dan tengok dia pun bahagia dengan wanita itu. Mungkin dia pun layak terima yang lebih baik daripada saya. Mungkin juga pada ketika itu, saya pun masih belum matang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu stokin – Pendirian PAS berpaksi politik, bukan berpaksi agama




“Sekarang dia bahagia dan saya boleh tengok wanita itu menjaga dia dengan baik. Alhamdulillah, saya tumpang gembira dan masih berkawan dengan dia,” katanya.

Ditanya sama ada dia adalah wanita yang rela bermadu, tentunya dia tidak rela. Namun, Riena juga sama seperti manusia biasa yang lain, tidak mampu menolak takdir sekiranya ia berlaku.

“Saya tidak rela bermadu, cuma kalau untuk ditakdirkan dan kalau itu jalan yang sudah ditulis, saya terima dengan hati yang terbuka. Kita tak pernah melalui (bermadu). Kalau betul ditakdirkan dan ada jodoh, kita cuma terima dan laluinya.



“Kalau boleh tak mahu jadi yang pertama atau yang kedua. Hanya doakan yang terbaik buat saya. Kalau boleh nak jadi satu-satunya cinta sampai syurga,” katanya.

Ditanya sama ada kini hatinya sudah dimiliki, Riena berkata, dia masih lagi mencari seseorang yang sesuai untuk dijadikan peneman hidup.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Ji Nafikan Tuduhan Kononnya Najib Tidak Berada Dalam Penjara




“Status sekarang masih lagi mencari seseorang. Saya dah 27 tahun, jadi tentunya nak ke arah perkahwinan. Jadi, kalau ada orang lain selepas ini yang nak betul-betul serius, saya nak kahwin terus.

“Apabila dah lama ‘single’, kita jadi tak faham yang orang sedang cuba. Kadang-kadang ada yang main tarik tali. Ada juga yang fasa bercakapnya terlalu lama sangat. Setakat ini, belum ada lagi yang dapat menambah hati saya.

“Kriteria saya ialah orang bertanggungjawab dan menghormati saya sebagai pasangan. Lama-lama, cinta akan datang dengan sendirinya. Kalau ada cinta saja tapi tak menghormati saya, tak boleh juga,” katanya.

Terbaru, Riena kini memegang watak sebagai Farah Ilyani Mokhtar dalam drama bersiri Wanita Syurga. Lebih ‘menyakitkan hati’, watak itu adalah sebagai wanita yang merampas suami orang.



“Bukanlah saya mahu watak ‘penyondol’, tapi saya memang mengimpikan untuk membawa watak antagonis sebab sebelum saya dapat watak bimbo, saya pernah bawa watak berat. Jadi, pernahlah saya terfikir, saya nak cuba untuk bawa watak antagonis untuk bawa pembaharuan kepada karier saya.

“Jadi, bila ditawarkan, saya lihat skripnya menarik dan pengarahnya menarik. Mula-mula, ada keraguan juga dalam diri saya untuk membawa watak ini kerana takut orang tak boleh terima ‘Laila’ jadi watak begini. Tapi, dengan bantuan pengarah, Alhamdulillah, rasanya setakat ini dapat maklum balas positif,” katanya.

Selain Riena, drama yang kini ditayangkan di slot Akasia TV3 itu juga turut dibintangi Siti Khadijah Halim, Redza Rosli, Nazim Othman dan ramai lagi.

Riena Diana lebih terbuka

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PADU Atau Rafizi Yang Gagal?

Isu stokin – Pendirian PAS berpaksi politik, bukan berpaksi agama

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button