Bayi 14 bulan terperangkap dalam kereta

Bayi 14 bulan terperangkap dalam kereta

Bayi 14 bulan terperangkap dalam kereta
Anggota bomba sedang berusaha menyelamat bayi lelaki yang terperangkap dalam kereta terkunci di sebuah pasaraya di Seri Manjung. – Foto NSTP/IHSAN JBPM

MANJUNG: Seorang ibu berdepan detik cemas apabila bayi lelakinya yang berumur 14 bulan terperangkap dalam kereta di kawasan parkir sebuah pasar raya di Seri Manjung, dekat sini, malam tadi.

Difahamkan, bayi itu terperangkap dalam kereta jenis Hyundai ketika ibunya sedang memasukkan barang yang dibeli ke dalam kereta.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 8.48 malam tadi.



“Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung diatur gerak ke lokasi berkenaan.

“Pintu kereta berjaya dibuka oleh pihak bomba dengan menggunakan peralatan khas. Bayi lelaki berkenaan kemudiannya diserahkan kepada ibunya.

“Operasi menyelamat tamat jam 9.10 malam tadi,” katanya.

Dipenjara 18 bulan kerana langgar kereta polis



Bayi 14 bulan terperangkap dalam kereta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button