Lelaki ditahan bantu siasatan muat naik video berunsur fitnah di TikTok
Lelaki ditahan bantu siasatan muat naik video berunsur fitnah di TikTok
KANGAR: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes memuat naik sebuah video berunsur fitnah ke atas anggota polis trafik menerusi akaun TikTok.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata penarik baja berusia 39 tahun itu ditahan pada Sabtu lepas dan direman hingga esok bagi siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Lelaki itu ditahan di rumahnya di Jitra, Kedah dan hasil semakan mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, klip video berdurasi 35 saat atas pemilik akaun @manbajanaw9438 itu memaparkan tiga anggota trafik sedang melakukan pemeriksaan rutin di Jalan Kangar-Alor Setar berhampiran lampu isyarat Simpang Ampat, Perlis.
Katanya, anggota trafik itu membuat pemeriksaan dan mengeluarkan empat saman ke atas lori lelaki itu manakala punca kejadian dipercayai lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan saman yang dikeluarkan terhadapnya.
“Video yang dimuat naik oleh lelaki itu adalah berunsur provokasi dan fitnah yang boleh mendatangkan tanggapan buruk masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terdapat beberapa komen negatif orang ramai berkenaan video itu yang boleh menjatuhkan maruah serta imej anggota polis trafik dalam video itu,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Indeks Persepsi Rasuah Malaysia makin parah, Tidak mendakwa Zeti dan Nazlan mungkin antara penyebab.
- Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.
- Zeti, Nazlan terus bebas tanpa gusar
- Zahid Hamidi: Pakar Bedah UMNO Berdarah Jawa
- Akaun parti dibeku , PPBM hadapi PRN dengan imej “penyamun”.
- ‘Langkah Sheraton 2.0’ naratif baru BERSATU?
Yusharifuddin sehubungan itu menasihatkan masyarakat supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh mendatangkan kebencian terhadap pihak berkuasa, khususnya melalui media sosial.
Beliau berkata, tindakan itu boleh menyebabkan tersebarnya kenyataan yang tidak berasas sehingga boleh menghakis keharmonian antara masyarakat dan agensi penguat kuasa.
Katanya, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh penguat kuasa khususnya pasukan PDRM, boleh mengemukakan aduan dengan menggunakan saluran betul. – Bernama
Lelaki ditahan bantu siasatan muat naik video berunsur fitnah di TikTok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan
- Sepatut dapat semula USD9 bilion dari Goldman Sach , tapi diselesai dengan USD2 bilion sahaja? Di sarankan siasat Muhyiddin dan Zafrul.
- Kerana ‘Sedekah’, Hadi Awang Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Marang
- Pemecatan Dan Penggantungan Pemimpin UMNO Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Negara
- Arman calon Ketua Pemuda paling ‘ceria’
- Akaun Parti dibeku , PPBM beri alasan bodoh untuk lepaskan pembekuan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :