Lelaki simpan mumia purba dalam beg
Lelaki simpan mumia purba dalam beg

PUNO: Polis di Peru dikejutkan dengan penemuan mumia purba di dalam sebuah beg penghantar makanan di tapak arkeologi di Puno.
Lapor BBC, penemuan itu bermula apabila polis menggeledah beg milik lelaki berkenaan yang terbaring akibat mabuk di tapak arkeologi tersebut.
Polis bagaimanapun bertindak merampas mumia berkenaan dan menyerahkannya kepada kementerian kebudayaan Peru bagi menjaga warisan negara itu.
Lelaki terlibat serta dua rakannya yang berumur antara 23 dan 26 tahun ditahan dan sedang disiasat atas kemungkinan melakukan jenayah terhadap warisan budaya Peru.
Sementara itu, lelaki itu berkata, dia berkongsi bilik dengan mumia berbalut berkenaan dan menganggapnya sebagai teman wanita rohani.
Dia dikatakan memasukkan mayat itu ke dalam beg untuk dipamerkan kepada rakan-rakannya.
Dia menjelaskan, mumia itu dipanggil ‘Juanita’ di dalam sebuah kotak di dalam biliknya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azmin Persoalkan Mengapa Pemimpin BN Tidak Di Dakwa Berkaitan Skandal Jana Wibawa
- Semakan Kes SRC – Bukan Najib , tetapi sistem Judisiari yang dalam perbicaraan.
- 3 calon Naib Presiden Umno popular
Tambahnya, mumia itu merupakan milik bapanya, tanpa menyatakan bagaimana bapanya memperoleh mumia itu.
Pakar pula berkata, mayat itu berusia antara 600 dan 800 tahun dan merupakan mayat lelaki dewasa dan bukannya wanita seperti mana yang diandaikan oleh lelaki berkenaan.
Lelaki mumia itu dianggarkan berusia lebih daripada 45 tahun pada waktu kematiannya dengan ketinggian 1.51 meter.
Mumia itu dibalut dengan pembalut dalam kedudukan janin yang merupakan tipikal bagi kebanyakan pengebumian pra-Hispanik di kawasan sekitar.
Mumia diamalkan oleh pelbagai budaya di kawasan yang dikenali sebagai Peru sebelum kedatangan penakluk Sepanyol.
Beberapa mumia dikebumikan manakala yang lain dibawa keluar dan diarak semasa perayaan utama.
Lelaki simpan mumia purba dalam beg
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akta SPRM Memberi Kuasa Untuk SPRM Menyiasat Siapa Sahaja Termasuk Ketua Hakim Negara
- Hadi Awang Dedahkan Perancangan PN Untuk Tumbangkan Kerajaan
- Dulu Mahathir pecat Ketua Hakim Tun Salleh Tidak perlu “adab” dan “protokol” pun.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :