Bunuh model: Polis HK geledah tapak pelupusan sampah

Bunuh model: Polis HK geledah tapak pelupusan sampah

Bunuh model: Polis HK geledah tapak pelupusan sampah
Bunuh model: Polis HK geledah tapak pelupusan sampah

HONG KONG: Polis Hong Kong menggeledah tapak pelupusan sampah bagi mendapatkan bukti berkaitan pembunuhan kejam model Abby Choi yang bahagian badannya dipotong-potong dan ditemukan dalam peti sejuk dan periuk.

Bekas suami mangsa, Alex Kwong, bapanya, Kwong Kau dan abangnya, Anthony Kwong didakwa membunuh selepas polis menemukan mayatnya di sebuah rumah yang disewa oleh Kwong Kau di kawasan pinggir bandar Hong Kong.

Ibu Alex Kwong, Jenny Li, pula berdepan satu pertuduhan iaitu memutarbelitkan kenyataan.

Keempat-empat mereka ditahan tanpa jaminan.

Kesemua tertuduh belum membuat pengakuan manakala perbi­caraan ditangguhkan sehingga Mei ini.

Pada pagi Selasa, lebih 100 pegawai yang memakai pakaian pelindung Unit Pengendali Bahan Berbahaya (Hazmat) membuat pemeriksaan ke Tapak Pelupusan Wilayah Baru Timur Laut di Ta Kwu Ling, kira-kira 15 minit pemanduan dari tanah besar China.

Mereka mencari bahagian badan Abby yang hilang dengan menggunakan jengkaut dan penyodok.

Polis berkata, sebelum ini mereka masih mencari tangan dan tubuh badannya.

Superintendan Alan Chung memberitahu, suspek membuang beberapa beg yang mengandungi bukti penting pada pagi 22 Februari lalu.

Beg itu, katanya dikhuatiri mengandungi beberapa bahagian tubuh manusia atau mungkin pakaian dan telefon mangsa atau juga senjata.

Chung berkata, mereka ba­gaimanapun belum menemukan apa-apa yang besar selain tulang, namun, polis tidak dapat pastikan sama ada ia milik manusia atau haiwan.

Keluarga Abby semuanya berpakaian hitam kelihatan berkumpul berhampiran di kawasan rumah di mana bahagian tubuhnya ditemukan bagi memberi penghormatan.

Mereka sebelum itu melawat rumah mayat untuk mengenal pasti identiti mangsa. –CNN

Geseran ketika jentolak lupus mercun punca letupan

Bunuh model: Polis HK geledah tapak pelupusan sampah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Najib akan dapat perbicaraan semula?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker