Pegawai polis maut nahas kereta terbabas, rempuh tiang lampu

Pegawai polis maut nahas kereta terbabas, rempuh tiang lampu

Pegawai polis maut nahas kereta terbabas, rempuh tiang lampu
Inspektor Chong Yeong Ren maut selepas kenderaan yang dipandu terbabas dan merempuh tiang lampu di Kampung Bendang Morak malam tadi. – NSTP/Ihsan Pembaca

TUMPAT: Seorang pegawai polis maut akibat nahas jalan raya malam tadi, selepas kereta dipandunya terbabas merempuh tiang lampu.

Dalam kejadian di Kampung Bendang Morak pada jam 11.20 malam itu, mangsa, Inspektor Chong Yeong Ren, 29, mati di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata ketika kejadian, mangsa yang bertugas sebagai pegawai penyiasat jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, dalam perjalanan pulang ke rumah dekat Kampung Terbak dari Wakaf Bharu.

“Setiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas beberapa meter sebelum merempuh dua tiang lampu di sebelah kiri jalan sehingga kereta yang dipandu terbalik.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Muhamad Zaki berkata, mendiang mula berkhidmat dalam PDRM pada 2019 dan menunjukkan prestasi tugas yang amat membanggakan sepanjang berkhidmat di IPD Tumpat.

“Mendiang juga seorang yang senang bergaul dengan pegawai atasan dan anggota bawahan selain amat disenangi oleh segenap lapisan warga IPD Tumpat,” katanya.

Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini

 

Pegawai polis maut nahas kereta terbabas, rempuh tiang lampu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker