#AJL37: Liza Hanim Nak Buat Sehabis Baik Demi ‘Bahagiakan Dia’
Kembali Bertanding Selepas Dua Dekad,
#AJL37: Liza Hanim Nak Buat Sehabis Baik Demi ‘Bahagiakan Dia’
Setelah dua dekad tidak beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), pemenang vokal terbaik AJL17 iaitu, Liza Hanim meluahkan rasa teruja apabila kembali tersenarai sebagai salah seorang finalis AJL37. Menurut Liza Hanim, dia tidak sabar untuk memberikan persembahan yang terbaik pada hari Ahad ini (12 Februari).
‘Bahagiakan Dia’
Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abd Halim, menempah tiket menerusi lagu duet bersama Shila Amzah, ‘Bahagiakan Dia‘ sebuah karya ciptaan Aliff Iskandar dan lirik oleh Que Afiq. Ujar Liza, dia bersyukur kerana masih diterima ramai, biarpun perlu bersaing dengan artis generasi baharu yang rata-ratanya hebat dari segi vokal.
Alhamdulillah memang bersyukur sangat lagu ini berjaya dibawa ke AJL37, sekali gus membawanya ke satu tahap lebih tinggi lagi. Rezeki kami bersama. Pada masa yang sama, saya teruja kerana dapat kembali beraksi di pentas berprestij seperti AJL setelah kali terakhir layak pada tahun 2002 menerusi lagu Gelisah Mimpi.
Ketika itu saya belum berkahwin dan kini selepas 20 tahun saya kembali. Perasaan teruja yang sukar untuk digambarkan.
Ketika sesi temu bual bersama pihak OhBulan!, Liza berkata lagu ‘Bahagiakan Dia’ ini merupakan sebuah karya yang indah dengan gabungan unik antara penyanyi berpengalaman sepertinya bersama komposer generasi baharu.
Pertama kali ketika mendengar lagu ini, saya dapat merasakan ia sebuah karya yang sangat indah dan terus terdetik kalaulah ia dapat dibawa ke AJL. Berduet pula dengan penyanyi seperti Shila yang saya percaya akan menjadikan lagu ciptaan Aliff Iskandar dan Que Afiq ini menjadi lebih menarik.
Kerjasama ini sangat unik kerana ia menggabungkan orang lama dan baharu dalam satu karya. Satu gandingan yang sangat positif dan saya kira baik untuk industri.
Semua finalis ada kekuatan masing-masing
Dianggap sebagai pesaing yang hebat terutama dalam kategori Vokal Terbaik, ibu kepada lima anak ini memberitahu setiap finalis yang bertanding di AJL37 mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing.
Semua orang ada kekuatan dan bakat masing-masing, tidak kiralah dia sudah lama atau masih baharu dalam industri. Saya bangga dan menghormati bakat-bakat muda yang ada, malah berbesar hati dapat bersama mereka meriahkan industri.
Kalau tengok pada barisan finalis AJL37 ini, memang generasi muda yang mendominasi dan hanya saya yang agak senior di situ. Dalam apa-apa pertandingan, pendekatan saya tetap sama iaitu buat sehabis baik. Saya tidak mahu letakkan harapan tinggi kerana enggan membebankan diri sendiri.
AJL zaman Gelisah Mimpi dan AJL sekarang sangat berbeza. Semua persembahan yang ditampilkan sangat mega dan saya juga perlu lakukan perkara sama.
ZULIN AZIZ AKUI PASANGANNYA TIDAK PERNAH BERKIRA
#AJL37: Liza Hanim Nak Buat Sehabis Baik Demi ‘Bahagiakan Dia’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?
- Berapa Ramai Bakal Kluster Mahkamah Dalam Kabinet Bayangan PN
- Pemilihan Ketua Pemuda, ada yang ‘jual’ nama?
- UMNO Perlu Lakukan Pembersihan Fasa 2
- Kes Rasuah Zeti dan Nazlan “Bisul” negara.
- “Perjanjian Rahsia” antara sebab Ismail Sabri gagal
- Pemilihan UMNO : KUDETA 2.0 sedang diatur
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini