Jauhi manusia toksik rahsia awet muda Morera
Jauhi manusia toksik rahsia awet muda Morera

CATALONIA: Manusia tertua di dunia, Maria Branyas Morera, menasihati masyarakat supaya menjauhi ‘orang toksik’ untuk kekal muda dan bahagia.
Lapor Sky News, Morera kini memegang rekod sebagai manusia tertua di dunia apabila biarawati Perancis, Lucile Randon meninggal dunia 17 Januari lalu pada usia 118 tahun.
Melalui bantuan anak perempuannya, Morera yang bakal menjengah usia 116 tahun berkongsi nasihat di Twitter mengenai rahsia awet muda dan umur panjangnya.
“Pada usia saya kini, tahun baru adalah satu hadiah, perayaan yang sederhana, pengembaraan baru, perjalanan yang indah dan saat kebahagiaan.
“Ketertiban, ketenangan, hubungan yang baik dengan keluarga dan rakan, hubungan dengan alam semula jadi, kestabilan emosi, tiada kebimbangan, tiada penyesalan, meraikan perkara positif, dan menjauhkan diri daripada golongan toksik adalah kunci umur panjang.
“Saya fikir panjang umur juga adalah tentang tuah. Nasib baik dan genetik yang baik,” jelasnya.
Dia kemudian mengikut ibu bapanya yang memutuskan untuk kembali ke Sepanyol pada tahun 1915 dan menetap di Catalonia tetapi bapanya meninggal dunia akibat batuk kering ketika pelayaran.
Warga emas itu mempunyai tiga anak, 11 cucu serta 13 cicit dan kini tinggal di rumah penjagaan Residència Santa María del Tura sejak 22 tahun lalu.
Pada tahun 2020, Morera berjaya melawan penyakit Covid-19 dalam hanya beberapa hari selepas dijangkiti ketika meraikan ulang tahunnya yang ke-113.
Jauhi manusia toksik rahsia awet muda Morera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini
- Pemilihan Umno jadi tumpuan politik negara
- Bolehkah PN menang PRN jika hari-hari KJ kutuk dan kritik Presiden Bersatu dan PAS?
- Mampukah Saki Baki Kluster Pengkhianat Memecat Presiden & Timb Presiden Selepas Pemilihan UMNO?
- Apa Lagi Ismail Sabri Mahu?
- Bawa Reputasi sebagai Perdana Menteri bawah kawalan Muhyiddin sukarkan Ismail Sabri untuk bertanding.
- Ismail Sabri ibarat ‘Rumah siap, pahat berbunyi’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :