Ramai Lelaki Bujang Mengorat Tapi Suami Orang Juga Kau Rembat
‘Mereka Kahwin Dalam Tempoh Idah’
Ramai Lelaki Bujang Mengorat Tapi Suami Orang Juga Kau Rembat
Seorang lelaki bergelar suami yang pada awalnya bersikap ‘family man’ berubah menjadi dingin dan panas baran dek kehadiran orang ketiga.
Suami kantoi dating dengan ‘penyondol’
Kisah tersebut dikongsikan semula oleh seorang peguam Syarie iaitu Nor Asyiqin. Siapa sangka, seorang suami dan bapa yang sering meluangkan masa dengan bercuti bersama keluarga berubah dalam sekelip mata dan menjadi seorang yang sangat sibuk selain sering ke outstation.
Akhirnya semua terbukti apabila isteri muncul ketika si suami sedang berdating dengan si skandal. Si skandal bermati-matian menafikan sedang jalin hubungan dengan suami manakala si suami sudah tidak mampu menipu kerana kebenaran telah dirakam oleh isteri.
Kerana masih sayangkan rumah tangga, si isteri masih memberikan peluang kepada suaminya untuk berubah namun usahanya sia-sia apabila si suami akhirnya nekad memfailkan perceraian.
Ketika dalam tempoh iddah, si suami telah pun berkahwin dengan wanita tersebut. Dan sebaik sahaja mereka berkahwin, si skandal yang kini telah menjadi isteri terus menghantar whatsapp memaki hamun si isteri yang kini telah bergelar bekas isteri. Rasa puas kerana dapat memiliki lelaki tersebut di samping menggelar si bekas isteri “Sundal”.
Lebih mengejutkan apabila si isteri mendakwa dia mengetahui suaminya berlaku curang selepas wanita terbabit menghubunginya dan mendedahkan perkara sebenar mengenai hubungan mereka.
Hasil risikan dari rakan-rakan lelaki wanita itu juga, mereka menyatakan ramai lelaki bujang ingin cuba mendekati wanita tersebut namun semua ditolaknya dan mereka tidak sama sekali menyangka wanita tersebut menjalinkan hubungan dengan suami orang.
Sumber: Peguam Syarie Nor Asyiqin
Viral Video Lelaki Panjat Pagar Rembat Tong Gas [VIDEO]
Ramai Lelaki Bujang Mengorat Tapi Suami Orang Juga Kau Rembat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini
- Pemilihan Umno jadi tumpuan politik negara
- Bolehkah PN menang PRN jika hari-hari KJ kutuk dan kritik Presiden Bersatu dan PAS?
- Mampukah Saki Baki Kluster Pengkhianat Memecat Presiden & Timb Presiden Selepas Pemilihan UMNO?
- Apa Lagi Ismail Sabri Mahu?
- Bawa Reputasi sebagai Perdana Menteri bawah kawalan Muhyiddin sukarkan Ismail Sabri untuk bertanding.
- Ismail Sabri ibarat ‘Rumah siap, pahat berbunyi’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :