129 jam: Penyelamat bersorak Allahuakbar! selepas selamatkan 5 sekeluarga

129 jam: Penyelamat bersorak Allahuakbar! selepas selamatkan 5 sekeluarga

129 jam: Penyelamat bersorak Allahuakbar! selepas selamatkan 5 sekeluarga
Anggota pasukan penyelamat dan orang awam mencari mangsa yang mungkin masih hidup di bawah runtuhan bangunan di Kahramanmaras, Turkiye, semalam. – AFP

ISTANBUL: Bagaikan satu keajaiban. Setelah 129 jam terperangkap, pasukan penyelamat Turkiye berjaya menyelamatkan lima sekeluarga daripada runtuhan rumah mereka sendiri.

Lapor Al Jazeera, pasukan penyelamat dikatakan mengeluarkan ibu dan anak perempuan, Havva dan Fatmagul Aslan terlebih dahulu dari timbunan runtuhan di bandar Nurdagi, di wilayah Gaziantep.

Pasukan itu kemudiannya mendapatkan bapa keluarga itu, Hasan Aslan, tetapi dia mendesak supaya penyelamat menyelamatkan dua anaknya terlebih dahulu iaitu Zeynep dan anak lelakinya, Saltik Bugra.



Semasa mangsa terakhir iaitu bapa berkenaan dibawa keluar, penyelamat bersorak dan melaungkan: “Allahuakbar!”

Penyelamatan dramatik selepas 129 jam itu menjadikan sekurang-kurangnya sembilan orang berjaya diselamatkan pada hari ini.

Setakat hari ini, angka korban mencecah 24,543 orang dengan 21,043 korban di Turkiye manakala lebih 3,500 di Syria.

Ahmad Faizal mohon maaf atas salah kata



129 jam: Penyelamat bersorak Allahuakbar! selepas selamatkan 5 sekeluarga

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button