Imigresen gempur ‘kampung haram’ warga asing di Cyberjaya

Imigresen gempur ‘kampung haram’ warga asing di Cyberjaya

Imigresen gempur 'kampung haram' warga asing di Cyberjaya
Sebahagian daripada warga asing yang ditahan. – Foto Jabatan Imigresen

CYBERJAYA: Jabatan Imigresen membongkar satu lagi penempatan haram warga asing dalam hutan, terbaru di satu lokasi di daerah ini yang dipercayai dibuka sejak lapan tahun lalu.

Kejayaan itu menyusul selepas sebuah penempatan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) terletak 1.2 kilometer dari jalan utama di Nilai Spring, Nilai di Negeri Sembilan, diserbu dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Imigresen Negeri Sembilan pada 1 Februari lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata serbuan dibuat pasukannya dengan kekuatan 321 pegawai, dibantu 55 pegawai serta anggota dari agensi lain termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan polis.



Imigresen gempur 'kampung haram' warga asing di Cyberjaya
Sebahagian daripada warga asing yang ditahan. – Foto Jabatan Imigresen

Katanya, serbuan kira-kira 12 tengah malam tadi dibuat selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam sebelum melakukan risikan di lokasi terbabit sejak tiga minggu sebelum itu.

“Berdasarkan pemerhatian, kita dapati terdapat kira-kira 100 rumah di kawasan berkenaan yang terletak dalam keadaan berselerak di dalam hutan ini. Hasil pemeriksaan, kami menahan 26 lelaki dan 29 wanita berusia antara 16 hingga 70 tahun warga Indonesia yang mendiami kediaman di kawasan itu.

Keadaan rumah dibina di petempatan warga asing dalam hutan di Cyberjaya yang diserbu Jabatan Imigresen, malamtadi. – Foto Jabatan ImigresenKhairul Dzaimee berkata, hasil soal siasat awal terhadap warga asing yang ditahan mendapati kebanyakan mereka masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial.



Imigresen gempur 'kampung haram' warga asing di Cyberjaya
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud. – Foto Jabatan Imigresen

“Ada antara mereka bekerja di kawasan berhampiran sebagai pencuci. Malah, saya juga dimaklumkan bahawa ada antara wanita yang tinggal di sini menjalankan perniagaan menjual kuih, nasi lemak, goreng pisang di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.

“Makanan itu dihasilkan dalam keadaan kotor, mereka tidak menerima suntikan (tifoid) seperti yang dikehendaki Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

 

Warga asing cuba bersembunyi namun gagal mengelak ditahan Jabatan Imigresen. - Foto Jabatan Imigresen
Warga asing cuba bersembunyi namun gagal mengelak ditahan Jabatan Imigresen. – Foto Jabatan Imigresen

 



Beliau berkata, penempatan itu sukar dikesan kerana terletak kira-kira tiga hingga empat kilometer (km) dari jalan utama dan rumah dibina di celah-celah pokok di tepi belukar dalam hutan berkenaan.

“Dari segi bekalan elektrik, penempatan ini guna janakuasa, manakala bekalan air pula dari perigi pada kedalaman antara tiga hingga lima meter yang dibina sendiri. Keadaan tandas serta perparitan juga daif.

“Penempatan itu juga mempunyai kemudahan lain termasuk kedai runcit, surau yang boleh menempatkan antara 30 hingga 40 jemaah dan kedai kopi,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Jabatan Imigresen mengetuai operasi bersepadu ke sebuah petempatan haram warga asing di Cyberjaya. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Jabatan Imigresen mengetuai operasi bersepadu ke sebuah petempatan haram warga asing di Cyberjaya. – NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Menurutnya, kebanyakan warga asing di penempatan itu dikenakan sewa RM500 setiap bulan bagi setiap rumah dengan bayaran dikutip oleh ketua sebelum diserahkan kepada pihak tertentu.



“Kami akan mengenal pasti pemilik tanah ini bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil atas kesalahan melindungi PATI.

“Semua warga asing yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Tujuh kedai makan abai kebersihan diarah tutup



Imigresen gempur ‘kampung haram’ warga asing di Cyberjaya

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button