Nik Suryani dapat restu suami bertanding Exco Wanita

Kuala Terengganu: Bekas personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman menawarkan diri bertanding Exco Pergerakan Wanita Umno pada Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan sayap parti itu Mac depan.

Nik Suryani yang juga Ahli Umno Cawangan Kubang Kepong, Alor Limbat, di sini, berkata, hasratnya menawarkan diri bertujuan meneruskan kesinambungan perjuangan, pengorbanan dan khidmat bakti Wanita Umno pada negara.

Selain itu, Nik Suryani yang juga Presiden Persatuan Kewartawanan Multimedia Malaysia (PKMM) berkata, beliau mahu berkongsi pengalaman selaku pengamal media dan industri kreatif dalam kalangan Pergerakan Wanita.



“Saya sudah menyerahkan borang pencalonan di Auditorium Menara Dato Onn, Isnin lalu.

“Dengan berkat dan restu daripada ahli keluarga, suami dan Ketua Bahagian Umno Marang, saya ahli parti sejak 2012 lalu menawarkan diri bertanding jawatan Exco Pergerakan Wanita Umno pada pemilihan parti bulan depan,” katanya hari ini.

Nik Suryani berkata, hasratnya bertanding jawatan dalam sayap parti itu direstui suami, Saiful Bukhari Azlan dan seluruh ahli keluarga.



“Saya juga sudah mendapat restu daripada Ketua Bahagian Umno Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button