Kanak-kanak hilang di kuari

Kanak-kanak hilang di kuari

Kanak-kanak hilang di kuari
Operasi SAR diaktifkan bagi mengesan kanak-kanak berusia dua tahun yang hilang di kawasan kuari di Sematan, Lundu hari ini. – Foto ihsan JBPM

KUCHING: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan hilang ketika bermain berhampiran Kuari Batu Perigi, Sematan dalam daerah Lundu, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu pada jam 4.05 petang

Menurutnya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu digerakkan ke lokasi sejurus menerima maklumat itu.



“Berdasarkan maklumat yang diterima, kali terakhir mangsa dilihat bermain di luar pondok di belakang rumah kongsi kuari itu.

“Ketika kejadian, kanak-kanak itu mengikut ibunya yang sedang menunggu bapanya pula dari kerja, di Kuari Batu Perigi,” katanya.

Menurutnya, menyedari kanak-kanak itu hilang, ibu serta bapanya dengan bantuan beberapa pekerja berusaha mencarinya di sekitar kawasan kuari itu.

“Operasi SAR dilakukan di sekitar belakang rumah kongsi serta kawasan kuari dalam radius dalam satu kilometer sehingga ke kawasan ladang kelapa sawit.



“Bagaimanapun, sehingga jam 5.50 petang, mangsa masih gagal dikesan dan operasi SAR ditangguhkan,” katanya.

SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?

Kanak-kanak hilang di kuari


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button