Posmen maut dilanggar lori
Posmen maut dilanggar lori
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa yang maut ditempat kejadian itu dikenali sebagai Noryazid Mohd. Nor, 45, dari Alor Gajah dan bekerja di pejabat Pos Masjid Tanah dekat sini.
Menurutnya, dalam kejadian pukul 7.50 pagi itu mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 datang dari Alor Gajah menuju ke pejabat Pos Masjid Tanah manakala lori jenis Nissan pula dari Masjid Tanah ke Sungai Udang.
“Mangsa yang cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Arshad berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.
Menurutnya, tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, namun saksi awam telah tampil memberi keterangan.
Katanya, pemandu lori berkenaan dikenali sebagai R. Nathan, 42, dari Ampang, Selangor telah ditahan dan dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk ujian darah dan air kencing.
Jelasnya, lori berkenaan telah ditahan serta dibawa ke Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) Alor Gajah.
Katanya, kes tersebut disiasat Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN
Posmen maut dilanggar lori
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nik Muhammad Zawawi Dedahkan PAS Adalah Parti Yang Kaya
- Bukan ‘Hak’ Hisham untuk tangguh perbicaraan
- Skandal Jana Wibawa: Rupanya Lian Tan Chuan Adalah Kluster Kontraktor Bumiputera
- Penyokong Bakal Kluster Mahkamah Fitnah SPRM Cuba Rasuah Wan Saiful
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :