Uqasha – Terima Baik Buruk, Tahap Kesabaran Perlu Tinggi [VIDEO]

Nasihat Ikhlas Buat Pengantin Baru

Uqasha – Terima Baik Buruk, Tahap Kesabaran Perlu Tinggi

Uqasha - Terima Baik Buruk, Tahap Kesabaran Perlu Tinggi

Pelakon Uqasha Senrose menitipkan nasihat ringkas buat adiknya, Raysha Rizrose yang telah selamat bergelar isteri pada Rabu.

Bahagia harmoni melayari alam rumah tangga bersama pelakon Kamal Adli, Uqasha mendoakan agar Dewi Remaja 2015 itu saling berkasih sayang dengan suami tercinta.

“Terima baik buruk (pasangan), tahap kesabaran kena tinggi dan yang paling penting sayang di antara satu sama lain,” katanya kepada MH.

Uqasha turut bersyukur kerana majlis akad nikah Raysja berjalan dengan sempurna.

“Alhamdulillah, tahniah untuk Raysha dan juga suami. Semoga kalian dapat melayari bahteri rumah tangga dengan baik,” katanya lagi.

Uqasha - Terima Baik Buruk, Tahap Kesabaran Perlu Tinggi

Terdahulu, Raysha, 27, selamat bergelar isteri kepada pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri,29, dengan sekali lafaz kira-kira jam 8.52 malam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad bersaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama.

Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

Pasangan mempelai terlebih dulu mengikat tali pertunangan pada 22 Disember tahun lalu yang dilakukan secara tertutup di Tropicana Golf & Country, Petaling Jaya.

Raysha menjalinkan hubungan bersama Nabil selama 10 tahun, iaitu sejak di bangku sekolah menengah lagi.

Rizman Ruzaini Pilih Raysha Rizrose Sebagai ‘Wajah’ Koleksi Baju Kahwin

 

Uqasha – Terima Baik Buruk, Tahap Kesabaran Perlu Tinggi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Letak jawatan tidak jadikan Wan Saiful ‘bersih’

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker