Sindiket penipuan pelaburan tumpas, 29 ditahan

Sindiket penipuan pelaburan tumpas, 29 ditahan

Sindiket penipuan pelaburan tumpas, 29 ditahan
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan susulan penahanan 29 individu dalam serbuan secara berasingan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor, Selasa lalu.

Suspek yang ditahan terdiri 19 lelaki dan 10 wanita berusia 24 hingga 38 tahun.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata dalam serbuan dilakukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) itu polis merampas 75 unit telefon bimbit, wang tunai RM14,501, komputer tiba, kereta, pasport, jam tangan, kad pelajar, barangan kemas, buku cek, cop dan beberapa dokumen lain.



“Sindiket ini adalah dalang di sebalik beberapa skim pelaburan disyaki palsu yang baru saja diwujudkan dan menawarkan pelaburan pada kadar pulangan yang tinggi.

“Tawaran itu dibuat melalui pelbagai medium laman sosial dan skim pelaburan berkenaan dikenali Alpha Mineral Global, Asia Investment VIP (AIV Trading), Max Profit Guides Empire (Max Profit) dan GGX Revolution And Management (CGC),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua suspek sudah mendapat perintah tahanan reman antara satu hingga empat hari.

“Polis menjangkakan jumlah mangsa yang terbabit dengan sindiket ini adalah kecil memandangkan skim pelaburan itu baru saja diwujudkan.



“Kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Noorsiah berkata, mana-mana individu yang mungkin menjadi mangsa sindiket itu diminta untuk tampil membuat laporan di balai polis berdekatan.

“PDRM mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan melaksanakan semakan yang lebih terperinci sebelum menyertai sebarang skim pelaburan atau simpanan yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan.

“Dapatkan maklumat lanjut daripada sumber rasmi seperti Semak Mule, Alert List Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebelum membuat keputusan menyertai skim yang meragukan,” katanya.

Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

Sindiket penipuan pelaburan tumpas, 29 ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker