Tiga rakan berdepan hukuman mati edar dadah lebih 4.7 kg

Tiga rakan berdepan hukuman mati edar dadah lebih 4.7 kg

Tiga rakan berdepan hukuman mati edar dadah lebih 4.7 kg
Tiga rakan Shahinur (depan), Chin Kai Xian dan Chan Yi Hui didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas tuduhan mengedar dadah. – Foto NSTP/OMAR AHMAD

JOHOR BAHRU: Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, hari ini atas tuduhan mengedar dadah seberat 4.7 kilogram (kg) di Taman Setia Tropika, awal bulan ini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Chin Mai Xian, 40, Chan Yi Hup, 33, dan Shahinur, 41, selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Samsudin.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 4.7 kg di Nombor 19-02 Jalan Setia Tropika, jam 2.30 pagi, pada 4 Oktober lalu.



Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh di hukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, boleh dihukum tidak kurang 12 sebatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat




Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqillah Ahmad Rofaie, manakala Kai Xian dan Shaninur diwakili peguam Mohd Daud Ismail dan Yi Hup tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak menawarkan jaminan ke atas tertuduh dan menetapkan 16 November ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.

Tiga rakan berdepan hukuman mati edar dadah lebih 4.7 kg


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button