50,499 mangsa di 311 PPS di Johor, Pahang, Melaka

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang, dan Melaka masih tinggi iaitu 50,499 orang walaupun berlaku sedikit penurunan berbanding 55,000 mangsa yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara malam tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 8 pagi hari ini, sebanyak 311 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka untuk menempatkan mangsa terjejas.

Johor masih merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu seramai 46,916 orang membabitkan 13,511 keluarga ditempatkan di 284 PPS.



Di Pahang, seramai 3,029 mangsa membabitkan 860 keluarga ditempatkan di 21 PPS.

Mangsa yang terjejas di negeri itu membabitkan 1,002 lelaki dewasa, 989 perempuan dewasa, 514 kanak-kanak lelaki dan 433 kanak-kanak perempuan.



Di Melaka, enam PPS dibuka dan menempatkan seramai 554 mangsa daripada 150 keluarga.

Sementara itu, banjir di Selangor dan Negeri Sembilan dilaporkan pulih sepenuhnya malam tadi.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button