Asyraf Wajdi Sah Di Lantik Pengerusi MARA
Asyraf Wajdi Sah Di Lantik Pengerusi MARA
Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah mengesahkan telah melantik Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA yang baharu berkuatkuasa 10 Mac 2023.
Beliau berkata surat watikah pelantikan jawatan itu diserahkan kepada Asyraf Wajdi di KKDW Putrajaya.
“Asyraf Wajdi telah dilantik, ia bukan desas-desus lagi, saya telah watikahkannya (surat pelantikan) pada Jumaat yang lepas”.
“Sebab itu bukan berita politik maka ia adalah sahih dan pelantikannya dibuat di KKDW kerana MARA adalah agensi di bawah KKDW,” jelas beliau.
Beliau berkata demikian dlam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) di Ibu Pejabat KEJORA, Bandar Penawar di Kota Tinggi, Johor.
Asyraf Wajdi, 47, sekarang ini adalah sekretariat Kerajaan Perpaduan.
Sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bermula 29 Julai 2015 hingga 10 Mei 2018.
Sebelum ini, jawatan Pengerusi MARA disandang Datuk Seri Azizah Muhd Dun sejak 1 Mei 2020.
Asyraf Wajdi Sah Di Lantik Pengerusi MARA
Di Syorkan Untuk Anda:
- Jangan Jadikan Agama Sebagai Perisai Untuk Halalkan Politik Kotor
- Muhyiddin Beri Helah Untuk Kekalkan Jawatan Presiden PPBM
- Muhyiddin Di Dakwa Tetapi Hadi Awang Demam Kura Kura