Hafidz tak mengaku tumbuk Nurul Shuhada

Hafidz tak mengaku tumbuk Nurul Shuhada

Hafidz tak mengaku tumbuk Nurul Shuhada
HAFIDZ Roshdi (tengah) hadir di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bagi perbicaraan atas tuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. – FOTO/MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

HULU SELANGOR: Pelakon, Hafidz Roshdi sebentar tadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas tuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Dia didakwa telah menumbuk pipi kiri Nurul Shuhada sebanyak tiga kali sehingga luka, lebam dan bengkak pada pukul 3.30 pagi, 2 Mac lalu berhampiran susur keluar Tol Sungai Buaya dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntuk hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323 tersebut.

Pihak pendakwaan memohon agar Hafidz dihantar ke hospital bagi penilaian psikiatri.

Media sebelum ini melaporkan pelakon yang dipercayai menumbuk isterinya di R&R Sungai Buloh ditahan polis, bagi membantu siasatan kes itu.

Dia ditahan kira-kira jam 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Bagaimanapun, katanya, pelakon itu dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa bersama suaminya berada di dalam kereta di R&R di sekitar Sungai Buloh.

Nurul Shuhada turut memuat naik gambar kecederaan muka di media sosial sebelum keluarga mengesahkan wanita itu ditumbuk tiga kali oleh Hafidz selepas berlaku pertengkaran.

Pelakon terbabit berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangga mereka menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan curang.

Pelakon itu kemudian menceraikan isterinya dengan talak satu pada 23 Februari lalu.

Mampukah Muhyiddin Bangkit Seperti Najib

Hafidz tak mengaku tumbuk Nurul Shuhada


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mampukah Muhyiddin Bangkit Seperti Najib

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker