AirAsia Aviation Group dinobat paling selamat bagi 2024

AirAsia Aviation Group dinobat paling selamat bagi 2024

AirAsia Aviation Group dinobat paling selamat bagi 2024

Kuala Lumpur: AirlineRatings.com mengumumkan AirAsia Aviation Group, termasuk syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X dan Thai AirAsia X sebagai antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat di dunia bagi 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata, keselamatan menjadi keutamaan dan reputasi syarikat penerbangan itu.



Beliau berkata pihaknya sangat berbesar hati kerana sekali lagi diiktiraf sebagai antara syarikat penerbangan tambang rendah terbaik bagi integriti operasi.

“Kami terus melabur untuk memastikan sistem pengurusan keselamatan menjadi keutamaan termasuk pensijilan Audit Keselamatan Operasi Antarabangsa (IOSA) oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) bagi seluruh kumpulan syarikat penerbangan ini, sebagai penanda aras global untuk mengekalkan piawaian keselamatan tertinggi pada setiap masa,” katanya.

AirlineRatings.com, satu-satunya agensi penarafan produk dan keselamatan syarikat penerbangan di dunia, telah mengumumkan 20 syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat bagi 2024 berdasarkan 385 syarikat penerbangan yang telah dipantau.

Antara faktor menentukan 20 syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat termasuk rekod insiden, usia pesawat, hasil audit Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, serta senarai larangan Kesatuan Eropah.



Ketua Pengarang AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas berkata AirAsia Aviation Group termasuk AirAsia X dan Thai AirAsia X mempunyai rekod keselamatan cemerlang.

AirAsia Aviation Group dinobat paling selamat bagi 2024

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button