Mat Rock Ayam Goreng Kunyit

Mat Rock Ayam Goreng Kunyit

Sumber: Sumber: Mat Rock Special Ayam Goreng KunyitMenu simple macam ayam goreng kunyit pun boleh jadi viral? Kalau anda cuba hidangan di Mat Rock Ayam Goreng Kunyit ni, baru anda tahu kenapa.

Perniagaan yang pada awalnya dimulakan dengan hanya sebuah trak di sekitar KL pada 13 tahun yang lalu, kini berkembang sehingga hampir 10 buah trak dek kerana sambutan hangat daripada orang ramai.

Bukan hanya trak, bagi anda yang ingin menikmati kesedapan menu ini dalam keadaan lebih selesa, bolehlah singgah ke restorannya yang terletak di Jalan Kampung Pandan.



Dah singgah ke sini, anda boleh cuba set nasi ayam goreng kunyit bersama dengan teh o ais. Ayamnya cukup juicy dan segar! Berbeza dengan kedai lain yang kebiasaannya memasak ayam sehingga kering atau keras. Sambal yang dihidangkan bersama nasi ini juga menyemarakkan lagi tahap kelazatannya. Mesti cuba!

Hidangan menarik lain yang ditawarkan adalah sotong goreng kunyit yang dimasak sehingga rangup di luar, namun kekal lembut di dalam.

Alamat: Ayam Goreng Kunyit Mat Rock Special, Jalan Kampung Pandan, Maluri, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 11.00 pm)



Skandal Jana Wibawa: SPRM Berjaya Jejaki ‘Datuk Roy’

Mat Rock Ayam Goreng Kunyit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Skandal Jana Wibawa: SPRM Berjaya Jejaki ‘Datuk Roy’



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button