Shu Akui Kehidupan Semasa Tinggal Di Flat Bersama Hafidz Roshdi Sewaktu Awal Kahwin Dahulu Lebih Indah [VIDEO]
Shu Akui Kehidupan Semasa Tinggal Di Flat Bersama Hafidz Roshdi Sewaktu Awal Kahwin Dahulu Lebih Indah
Alam perkahwinan bukanlah seindah yang disangkakan, hal yang demikian kerana pasti adanya kenangan pahit dan manis yang perlu dilalui oleh setiap pasangan apatah lagi bagi mereka yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga.
Hampir menjadi kesemua pengantin baharu bermula dengan kehidupan daripada sifar seperti menyewa rumah atau mengumpul wang bagi kelengkapan rumah yang mungkin dibeli satu per satu mengikut keperluan utama.
Kata orang biarlah rumah itu sedikit kecil atau buruk di mata orang, asalkan rumah tangga kekal harmoni dan bahagia sampai bila-bila kerana detik susah senang bersama itulah yang bakal dikenang apabila sudah tua kelak.
Baru-baru ini tular di instagram milik usahawan terkenal, Dato Aliff Syukri yang berkongsikan video pendek temu bual bersama bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada yang dilihat sedang menangis mengimbau kembali kenangan rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak itu.
Dalam video berkenaan, Aliff Syukri meminta Shuhada untuk mengimbau semula saat-saat mesra bersama bekas suaminya itu dan memintanya memaafkan kesalahan Hafidz.
“Kitaorang duduk Flat masa awal-awal kahwin…susah senang sama-sama” – keluh Shuhada.
Namun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak bersetuju jika Shuhada dikatakan kembali bersama bekas suaminya itu dan memohon agar beliau untuk move on serta teruskan kehidupan tanpa Hafidz sebagai suami.
Dalam pada itu, ada juga rakan-rakan selebriti yang memuji Aliff Syukri di atas nasihat-nasihat yang diberikan buat Shuhada yang mempunyai parut di muka yang masih kelihatan.
Apa-apa pun semoga Shuhada terus kuat menghadapi sebarang dugaan serta dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala.
Shu Akui Kehidupan Semasa Tinggal Di Flat Bersama Hafidz Roshdi Sewaktu Awal Kahwin Dahulu Lebih Indah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahkamah Persekutuan Akan Berikan Keputusan Semakan Kehakiman Kes SRC Pada 31 Mac 2023
- Memalukan , apabila Parti Bersatu kekalkan Perasuah dan Kluster mahkamah terus jadi Presiden, memang tidak ada ‘standard’.
- Satu kesalahan jenayah jika Hamzah simpan file tetapi tidak mendakwa.
- Mampukah Muhyiddin Bangkit Seperti Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Skandal Jana Wibawa: SPRM Berjaya Jejaki ‘Datuk Roy’