Shu Akui Kehidupan Semasa Tinggal Di Flat Bersama Hafidz Roshdi Sewaktu Awal Kahwin Dahulu Lebih Indah [VIDEO]

Shu Akui Kehidupan Semasa Tinggal Di Flat Bersama Hafidz Roshdi Sewaktu Awal Kahwin Dahulu Lebih Indah

Shu Akui Kehidupan Semasa Tinggal Di Flat Bersama Hafidz Roshdi Sewaktu Awal Kahwin Dahulu Lebih Indah

Alam perkahwinan bukanlah seindah yang disangkakan, hal yang demikian kerana pasti adanya kenangan pahit dan manis yang perlu dilalui oleh setiap pasangan apatah lagi bagi mereka yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga.

Hampir menjadi kesemua pengantin baharu bermula dengan kehidupan daripada sifar seperti menyewa rumah atau mengumpul wang bagi kelengkapan rumah yang mungkin dibeli satu per satu mengikut keperluan utama.



Kata orang biarlah rumah itu sedikit kecil atau buruk di mata orang, asalkan rumah tangga kekal harmoni dan bahagia sampai bila-bila kerana detik susah senang bersama itulah yang bakal dikenang apabila sudah tua kelak.

Baru-baru ini tular di instagram milik usahawan terkenal, Dato Aliff Syukri yang berkongsikan video pendek temu bual bersama bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada yang dilihat sedang menangis mengimbau kembali kenangan rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak itu.

Shu Akui Kehidupan Semasa Tinggal Di Flat Bersama Hafidz Roshdi Sewaktu Awal Kahwin Dahulu Lebih Indah
VIA Instagram

Dalam video berkenaan, Aliff Syukri meminta Shuhada untuk mengimbau semula saat-saat mesra bersama bekas suaminya itu dan memintanya memaafkan kesalahan Hafidz.

“Kitaorang duduk Flat masa awal-awal kahwin…susah senang sama-sama” – keluh Shuhada.



Namun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak bersetuju jika Shuhada dikatakan kembali bersama bekas suaminya itu dan memohon agar beliau untuk move on serta teruskan kehidupan tanpa Hafidz sebagai suami.

Shu Akui Kehidupan Semasa Tinggal Di Flat Bersama Hafidz Roshdi Sewaktu Awal Kahwin Dahulu Lebih Indah
VIA Instagram

 

Dalam pada itu, ada juga rakan-rakan selebriti yang memuji Aliff Syukri di atas nasihat-nasihat yang diberikan buat Shuhada yang mempunyai parut di muka yang masih kelihatan.

Shu Akui Kehidupan Semasa Tinggal Di Flat Bersama Hafidz Roshdi Sewaktu Awal Kahwin Dahulu Lebih Indah
VIA Google

Apa-apa pun semoga Shuhada terus kuat menghadapi sebarang dugaan serta dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala.



Shuhada Jadi Model Muslimah Buatkan Netizen Teruja

Shu Akui Kehidupan Semasa Tinggal Di Flat Bersama Hafidz Roshdi Sewaktu Awal Kahwin Dahulu Lebih Indah

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Skandal Jana Wibawa: SPRM Berjaya Jejaki ‘Datuk Roy’



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button