Gurauan terkena renjatan elektrik jadi kenyataan

Gurauan terkena renjatan elektrik jadi kenyataan

Gurauan terkena renjatan elektrik jadi kenyataan
Gurauan, arwah Saiful Asyraf Mukhtar dalam WhatsApp keluarga terkena renjatan elektrik jadi kenyataan. NSTP/Ahmad Ismail

SEGAMAT: “Sebelum arwah pergi selamanya, dia sempat bergurau dengan mengatakan rambutnya jadi kerinting terkena renjatan elektrik,” kata Siti Ruhaidah Sampon, 43, ibu saudara kepada mangsa renjatan elektrik, Saiful Asyraf Mukhtar, 21.

Pada awalnya, Siti Ruhaidah menganggap anak saudaranya itu bergurau dalam kumpulan WhatsApp keluarga, pada 23 Februari lalu.

“Arwah memang suka melawak dengan semua orang termasuk kami, jadi apabila dia kata begitu pada mak cik, saya rasa ia perkara biasa.

“Sehingga kami dikhabarkan dia meninggal dunia di Segamat kelmarin, ketika itu baru saya sedar bahawa arwah seperti tahu yang dia akan meninggalkan kami.

“Kami tidak menyangka kelakuan ditunjukkan anak saudara sebagai petanda kami sekeluarga akan mengalami detik hiba khususnya menjelang Ramadan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Gurauan terkena renjatan elektrik jadi kenyataan
Allahyarham Saiful Asyraf Mukhtar.

Kelmarin, BH Online melaporkan Saiful Asyraf maut terkena renjatan elektrik kira-kira jam 9.50 pagi, ketika guru pelatih dikatakan berada di luar makmal komputer Sekolah Kebangsaan Pogoh bagi membantu kerja-kerja membersihkan kerusi dan meja akibat banjir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Siti Ruhaidah berkata, arwah turut aktif dalam Persatuan Orang Buta Tawau (POBT) ketika pulang cuti semester.

Sepanjang mengenali arwah, katanya, Saiful Asyraf yang juga anak sulung daripada empat beradik bukan saja anak yang baik, malah pergi awal ke masjid dan banyak menyumbang idea dan tenaga dalam POBT.

Dalam pada itu, Siti Ruhaidah berkata, biarpun sedih, mereka sekeluarga bersyukur arwah meninggal dunia dalam keadaan yang baik ketika melakukan kerja insaniah.

“Difahamkan arwah sempat melaungkan kalimah Allahu Akbar sebaik terkena renjatan elektrik sebelum terjatuh.

“Insya-Allah, mudah-mudahan kerana sifatnya semasa hidup yang begitu penyabar dan suka membantu orang lain membuatkan arwah menjadi antara insan yang dipilih,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, jenazah Saiful Asyraf sudah dituntut oleh waris petang semalam, untuk proses pengebumian.

“Jenazah akan dibawa pulang menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) untuk dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Sungai Nibong, Kampung Brunei, Membakut, Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh

Gurauan terkena renjatan elektrik jadi kenyataan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker