Mesej Dari Langit Kepada Pentaksub Pemimpin Zalim
Mesej Dari Langit Kepada Pentaksub Pemimpin Zalim
Penulis pernah mengemukakan persoalan kepada ahli PAS supaya berfikir sejenak, mengapa Allah SWT memberikan kemenangan kepada PAS tetapi tidak diberikan kuasa?
Baca di sini:
https://my-tv.online/2022/11/25/kenapa-allah-swt-kurniakan-pas-kemenangan-tanpa-kuasa/
Bukan tujuan penulis untuk menafikan kejayaan yang telah dicapai oleh PAS/PN?
Dari sudut logik akal, sepatutnya dengan kejayaan yang telah diperolehi itu, maka sewajarnya PAS/PN mampu membentuk kerajaan pusat dan beberapa kerajaan negeri.
Tetapi kuasa Allah SWT mengatasi segala perancangan dan logik akal manusia.
Ada ahli PAS yang membalas melalui mesej WhatsApp kepada penulis, ianya berlaku kerana Muhyiddin dan Hadi Awang tidak mahu berkerjasama dengan UMNO.
Hujah mereka adalah kerana UMNO adalah parti yang sudah tercemar dengan pemimpin yang mengamalkan rasuah.
Penulis menjawab hujah mereka dengan mengatakan, sekiranya PN bersetuju berkerjsama dengan PH, tidak timbul persoalan berkerjasama dengan UMNO.
Tetapi hujah penulis tidak mendapat respon dari ahli PAS tersebut.
Hakikatnya adalah, ketika menghadap SPB YDP Agong, Muhyiddin telah menolak saranan baginda supaya PH dan PN berkerjasama.
Muhyiddin dan Hadi Awang seolah-olah dipukau untuk melihat peluang berkuasa semula ketika peluang tersebut diberikan?
Rasional akal mereka seolah-olah terhenti seketika.
Hanya selepas menghadap, barulah nampak Muhyiddin seolah-olah tersedar dengan kesilapan yang telah dilakukan.
Walau pun Hamzah Zainuddin ada mengeluarkan kenyataan PN sedia berkerjasama dengan PH, namun, ianya tetap dinafikan kerana pemikiran Muhyiddin masih lagi dikuasai ego.
Persoalannya, siapa atau kuasa apakah yang mampu mengaturkan semua itu?
Sudah tentu kuasa Allah SWT.
Apa sebenarnya mesej yang ingin Allah SWT mahu berikan kepada semua penyokong Perikatan Nasional?
Berfikir Sejenak Lebih Baik Dari Beribadah Selama Satu Tahun
Terkini, sekali lagi Allah SWT memberikan peringatan kepada ahli PAS.
Tular di media sosial, seorang imam tersilap ketika membaca doa dalam majlis solat hajat untuk Muhyiddin Yasin.
Imam tersebut bukan sahaja mengakui kezaliman PN, malah memohon supaya Allah SWT menghancurkan PN.
Ahli PAS boleh mengatakan bahawa itu adalah kesilapan manusia yang serba lemah.
Benar, tetapi siapa atau kuasa apakah yang mengatur kesilapan itu?
Bukankah ianya kuasa Allah SWT sebagaimana Allah SWT telah mengaburi pemikiran Muhyiddin ketika beliau menghadap YDP Agong?
Dan kini, sekali lagi Allah SWT sekali lagi menghantar mesej untuk difikirkan oleh ahli PAS.
Cuba ahli PAS fikirkan sejenak, mengapakan dari puluhan atau mungkin ratusan majlis solat hajat itu, hanya yang berlaku kesilapan itu dirakam oleh Astro dan disebarkan?
Tidakkah kita nampak kesempurnaan perancangan Allah SWT dalam memberikan mesej kepada kita?
Ingat, berfikir sejenak adalah lebih baik dari beribadah selama satu tahun.
Mesej Dari Langit Kepada Pentaksub Pemimpin Zalim
Di Syorkan Untuk Anda:
- Skandal Jana Wibawa: SPRM Berjaya Jejaki ‘Datuk Roy’
- Mahkamah Persekutuan Akan Berikan Keputusan Semakan Kehakiman Kes SRC Pada 31 Mac 2023
- Mampukah Muhyiddin Bangkit Seperti Najib