Bergelut sebelum ditahan

Bergelut sebelum ditahan

Bergelut sebelum ditahan
Dua lelaki ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan menangkap ikan menggunakan bahan letupan di perairan Kudat. – Foto ihsan PPM

KUDAT: Dua lelaki bergelut dengan anggota polis sebelum ditahan ketika cuba melarikan diri selepas dikesan menjalankan kegiatan menangkap ikan menggunakan bahan letupan di kawasan laut Pulau Moleangin Besar, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kedua-dua suspek berusia lingkungan 40 tahun ditahan sepasukan anggota dan pegawai Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat dalam Op Gelora Khas.

Menurut sumber, PPM Kudat yang menerima maklumat mengenai aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan di kawasan laut berkenaan kemudian menjalankan pemeriksaan.



“Hasil pemeriksaan, pasukan melihat sebuah bot laju dan dua lelaki dewasa dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika dihampiri, mereka memecut laju ke arah kawasan cetek dan pasukan PPM bertindak mengekori sebelum kedua-dua suspek ditahan,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui barang seperti fius peletup, botol berisi baja ammonia, alat menyelam dipercayai digunakan untuk kegiatan mengebom ikan.

“Turut dirampas bot dan enjin. Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM25,700,” katanya.



Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan rampasan berkenaan.

Katanya, tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan PPM Kudat untuk tindakan lanjut atas kesalahan mengikut Akta Bahan Letupan 1957.

2 ditahan selepas maki, bergelut dengan polis

Bergelut sebelum ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker