Mayat bayi ditemui dalam plastik di tandas bilik inap

Mayat bayi ditemui dalam plastik di tandas bilik inap

Mayat bayi ditemui dalam plastik di tandas bilik inap
Mayat bayi ditemui dalam plastik di bahagian belakang tangki tandas sebuah inap desa di Aeropod, Jalan Kepayan, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Bau busuk dari tandas sebuah bilik inap desa di Aeropod, Jalan Kepayan, di sini, semalam membawa kepada penemuan mayat bayi lelaki baru dilahirkan dipercayai ditinggalkan seorang wanita yang menginap di situ.

Mayat bayi cukup sifat itu ditemukan di bahagian belakang tangki tandas oleh pekerja inap desa jam 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata sebaik menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui bungkusan plastik di ruang bahagian belakang tangki tandas.

“Dalam plastik itu ditemukan mayat bayi lelaki yang sempurna sifatnya dipercayai baru dilahirkan.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE) bagi menjalani bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, pihaknya sedang mengesan wanita berusia 20 tahun yang mendaftar masuk ke inap desa berkenaan.

“Wanita itu dipercayai mendaftar masuk ke tiga hari sebelum penemuan mayat bayi terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, pihaknya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat Inspektor Nur Hatin Amera Mohd Khir di talian 0111-2939436.

Mayat bayi ditemui dalam plastik di tandas bilik inap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zahid Beri Bayangan Sudah Sampai Masanya Najib Kembali

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker