Bojan akui KL City buat silap mudah

Bojan akui KL City buat silap mudah

Bojan akui KL City buat silap mudah
Pemain Kuala Lumpur City FC, Lambert Declan Stephen Lee Kit Meng (kanan) dihalang pemain Kelantan FC, Miguel Angel Garrido Cifuentes (kiri) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu.- NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: Ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC (KL City FC) mengakui pasukannya membuat kesilapan mudah apabila menjaringkan gol sendiri dalam aksi menentang Kelantan FC dalam saingan Liga Super 2023, malam tadi.

Bojan, 52 berkata, anak buahnya bekerja keras dengan menjaringkan dua gol awal di babak pertama perlawanan.

Namun, mereka membuat silap apabila tertanduk masuk gol sendiri pada minit ke-41 menyebabkan pasukan terpaksa membuat serangan balas bagi memperbaiki kesilapan.



“Ia terjadi dalam bola sepak, dan terjadi banyak kali, kita sudah hampir (mengutip tiga mata) tapi gol sendiri membangkitkan semangat tuan rumah.

“Mereka tambah pula gol kedua dan kita cuba bangkit tapi tidak menghasilkan gol,” katanya ketika ditemui dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Bojan berkata, dia berharap import Romel Morales akan memperkuatkan jentera pada aksi seterusnya menentang Selangor, 31 Mac ini.

Sementara itu, pengendali Kelantan FC, Choi Moonsik berkata, dia terpaksa mengubah pemain selepas aksi pertama dipamerkan begitu hambar.



Katanya, setiap perlawanan penting untuk pasukan mengutip tiga mata dan keputusan awal Kelantan ketinggalan dua gol adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Musim ini sangat penuh, kita tak boleh tunggu untuk dapatkan mata, kita kena cepat, import kita lihat agresif.

“Jadi saya masukkan Mario Arques pada masa kedua dan lihat ada perubahan, strategi yang bagus,” katanya.

Dengan keputusan seri semalam, Kelantan FC kekal di kedudukan ke-10 dan The City Boys berada di kedudukan ke-12.



Bojan tabik pemain KL City

Bojan akui KL City buat silap mudah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button