Solari puas belasah Selangor

Solari puas belasah Selangor

Solari puas belasah Selangor
Pemain JDT, Fernando Forestieri meraikan jaringannya pada perlawanan Liga Super menentang Selangor FC di Stadium MBPJ, Petaling Jaya. NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari nyata puas apabila Harimau Selatan meneruskan ‘kenduri’ jaringan dengan membelasah Selangor 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Ia kemenangan besar ketiga berturut-turut diraih juara Liga Super sembilan kali itu selepas membelasah Negeri Sembilan 7-0 dan Kelantan 5-1 dalam dua perlawanan terakhir.

Solari menjelaskan, barisan pemainnya menunjukkan karakter terbaik ketika berdepan Selangor yang dianggap sebagai antara pencabar kejuaraan liga musim ini.



“Ini kemenangan penting bagi kami dan kami sedar bahawa kami berdepan pesaing merebut kejuaraan, kami menghormati mereka.

“Kami tahu mereka memiliki pemain dan jurulatih yang bagus, dan mereka bermain di tempat sendiri. Ia satu perlawanan yang sukar bagi kami.

“Jadi saya sangat gembira dengan pemain JDT sebab hari ini (semalam) mereka menunjukkan karakter terbaik. Saya suka karakter itu sebab kami ada kualiti, intensiti dan kadang-kadang kami perlu tunjukkan karakter, tahniah kepada semua pemain,” katanya.

Kemenangan ke atas Selangor turut menyaksikan JDT berjaya mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam lima perlawanan awal musim ini dan menghuni tangga teratas liga dengan mengumpul 15 mata.



Selain itu, Solari mengakui aksi berdepan Selangor itu turut menjadi pentas beliau membuat ‘eksperimen’ bagi membantu Arif Aiman Hanapi menyerlahkan lagi potensi yang dimiliki.

“Arif adalah seorang pemain yang mempunyai potensi besar dan saya mahu beri peluang kepadanya untuk menyerlahkan lagi kemampuannya. Saya tidak mahu dia hanya bermain di satu posisi.

“Dia ada potensi dan dia kena tingkatkan lagi kemampuannya. Apa pun saya suka dengan sikap ditunjukkan oleh Arif, khususnya di babak kedua,” katanya.

JDT belasah Kelantan



Solari puas belasah Selangor


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button