Perubahan permainan bantu Sabah belasah Penang FC

Perubahan permainan bantu Sabah belasah Penang FC

Perubahan permainan bantu Sabah belasah Penang FC
Pemain Sabah FC, Park Taesu (tengah) meraikan jaringan keempat pasukannya ketika menentang Penang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas. NSTP/MOHD ADAM ARININ

KOTA KINABALU: Perubahan corak permainan yang menyaksikan pemain Sabah FC banyak bergerak pada separuh masa kedua menentang Penang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, di sini, malam tadi disifatkan sebagai faktor kemenangan besar 5-2 di laman sendiri.

Penolong Ketua Jurulatih Sabah FC, Rastislav Bozik, mengakui corak permainan lebih agresif dengan banyak peluang dan cubaan dicipta membolehkan persembahan pasukannya lebih bertenaga berbanding dalam babak pertama.

Jelasnya, walaupun anak buahnya mencipta gol yang baik melalui hantaran yang tepat dan penalti pada separuh masa pertama, permainan keseluruhan sepanjang babak awal permainan kurang memuaskannya.

“Permainan bermula agak kurang baik pada separuh masa pertama walaupun kita mendapat gol yang baik dan penalti, selain cubaan melalui sepakan sudut.

“Pada separuh masa kedua, pemain lebih banyak bergerak berbanding pada separuh masa pertama sekali gus memberi banyak pilihan dan peluang.

“Sebab itulah permainan pada separuh masa kedua lebih baik. Apabila peluang dan kekuatan dapat diterjemahkan, maka itu mengubah permainan menjadi lebih baik,” katanya pada sidang media malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sementara itu, pengendali Penang FC, Chong Yee Fatt, mengakui percaturan pasukannya tersasar daripada rancangan asal untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

“Kita memang menjangka perlawanan malam ini sesuatu yang sukar tetapi kita sudah sedia datang sini untuk memberikan persembahan yang baik dan yakin dapat jika bukan mata penuh, sekurang-kurangnya satu mata.

“Namun, ternyata Sabah bermain dengan kekuatan sebenar dan mereka memang layak untuk menang, cuma kita tidak sepatutnya kalah dengan teruk.

“Pada satu masa kita juga dapat bermain dengan baik dan cuba mencapai apa yang kita sasarkan sebelum permainan bermula,” katanya.

JDT belasah Kelantan

Perubahan permainan bantu Sabah belasah Penang FC


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker