MAQIS rampas produk haiwan cuba dibawa masuk menerusi klia2

MAQIS rampas produk haiwan cuba dibawa masuk menerusi klia2

MAQIS rampas produk haiwan cuba dibawa masuk menerusi klia2
Antara produk haiwan tanpa lesen sah yang dirampas MAQIS di klia2, baru-baru ini. – Foto/ihsan MAQIS.

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan membawa masuk produk haiwan melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada Rabu lalu.

Pengarah MAQIS Selangor, Mohd Sobri Md Hashim, berkata rampasan produk haiwan seberat 20 kilogram (kg) itu dianggarkan bernilai RM200 yang cuba dibawa masuk oleh seorang warga China.

Beliau berkata, tindakan individu itu berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas kastam sekitar jam 6.30 pagi.

“Konsainan itu terdiri daripada 8kg itik dan 12kg sosej lembu mentah yang diletakkan di dalam sebuah bagasi yang berisiko bolehmembawa masuk penyakit ke dalam negara.

“Produk haiwan itu telah disita oleh pihak MAQIS kerana tidak mempunyai permit import serta sijil kesihatan dan sijil halal yang sah,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Mohd Sobri berkata, perbuatan mengimport produk haiwan tanpa permit s ah dari MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), akta yang sama.

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

MAQIS rampas produk haiwan cuba dibawa masuk menerusi klia2


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker