Baby Shima Akhirnya Sukses ‘Pukau’ 35,000 Penonton
"Terkejut Saya, Tak Sangka," - Risau Penerimaan Atas Asbab Kecaman,
Baby Shima Akhirnya Sukses ‘Pukau’ 35,000 Penonton
Meriah! Itulah yang dapat digambarkan apabila penyanyi popular, Baby Shima tampil menghiburkan kira-kira 35,000 penonton dalam konsert sempena Lowcost Fiesta Tour di Padang Pekan Kunak, Sabah, pada 12 Mac lalu.
Membawakan lagu-lagu irama dangdut, pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli ini menampilkan persembahan cukup luar biasa dan bertenaga.
Shima yang merupakan satu-satunya artis yang membuat persembahan di konsert tersebut membawakan lagu seperti Pura-Pura Bujang, Kopi Dangdut, Aya Susanti, Madu Tiga, Yang Penting Happy dan Ada Gajah Di Balik Baru.
“Terkejut saya. Tak sangka hampir 35,000 penonton hadir menonton persembahan saya secara langsung. Terima kasih semua penduduk Kunak yang hadir.
“Terima kasih juga pihak penganjur kerana mempercayai bakat Shima yang merupakan satu-satunya artis pada malam konsert ttersebut ,” katanya.
Dalam pada itu, Shima juga mengakui kecaman-kecaman yang dilontarkan kepadanya sebelum ini sedikit sebanyak membuatkan dia risau dengan penerimaan peminat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perikatan Nasional akan hadapi Enam PRN dengan berstatus “Kleptokrat” dan “Penyamun”.
- Tindakan Tegas Mesti Di Ambil Ke Atas Politikus Yang Memperalatkan Bangsa Dan Agama
- Senarai Calon Naib Presiden & MKT UMNO Yang Bukan Tajaan Kluster Broker
“Apa yang membuatkan saya terharu apabila ramai peminat datang meskipun saya sering dikecam apabila banyak isu ‘panas’ mengaitkan diri saya.
“Tidak ada yang lebih menggembirakan seseorang penyanyi apabila dia terus dihargai peminat. Tanpa peminat siapalah saya.
“Sebagai manusia biasa tak ada yang sempurna. Kepada yang suka menghentam saya dengan kata-kata kecaman, saya tak mampu menghalang mereka. Dalam masa yang sama, kecaman tak datangkan kudis kepada saya.
“Setiap kecaman membuatkan saya lebih kuat. Manakala pujian yang diberikan pula tidaklah membuatkan saya rasa hebat. Ini kerana semua orang ada kelemahan mmasing-masing,” jelasnya lagi.
Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi, pelakon filem Biko ini berharap netizen turut menghayati bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
“Buang yang keruh, ambil yang jernih. Sempena bulan Ramadan, rasanya lebih baik kita semua sucikan hati.
“Kurang-kurangkanlah mengecam, menghina dan memfitnah terutamanya dalam media sosial. Saya tak tujukan kepada siapa-siapa, cuma untuk peringatan kita bersama,” tambahnya lagi.
Baby Shima Akhirnya Sukses ‘Pukau’ 35,000 Penonton
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh
- Mahathir mahu tunggang GTA – GTA akan tunggang PN
- Wave “GELABAH” tidak akan menjadi kerana tiada ketulenen
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :