Diana Danielle Buang Semua Gambar Farid Kamil

Tutup Ruangan Komen

Diana Danielle Buang Semua Gambar Farid Kamil

Diana Danielle Buang Semua Gambar Farid Kamil
Diana Danielle Buang Semua Gambar Farid Kamil

Susulan trending isu pelakon Diana Danielle fail cerai terhadap Farid Kamil, berlakunya perdebatan di kalangan netizen di media sosial. Rata-rata netizen menyerang akaun Instagram pasangan ini sejak semalam. Lebih menakutkan ada yang meninggalkan kata-kata negatif yang sesiapa sahaja akan rasa mengjengkelkan.

Walaubagaimanapun, hasil pemerhatian MURAI MY, ruangan komen di akaun instagram Diana telah ditutup. Memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, terbaru Diana hanya memuatnaik gambar OOTD dengan mengenakan busana hasil rekaan Samm Republic.

Malah dia menyebut nama @san_singh7 sebagai individu yang menggayakan penampilannya ketika menghadiri acara yang dianjurkan oleh LAZADA.



Jika anda perasan, gambar-gambar Diana dan Farid sudah tiada lagi dalam rangkaian fotonya di Instagram.

Mungkin Diana dapat menghidu bahawa ramai yang akan meninggalkan komen berkaitan kemelut rumahtangganya, dia segera menutup ruangan komen. Ada baiknya tindakan ini, sekurang-kurangnya dapat elakkan orang ramai menabur fitnah dan mengeluarkan kata-kata negatif. Maklumlah, orang kita kan suka jaga tepi kain orang, betul tak?

Foto ini sahaja menerima lebih 28k tanda suka berbanding foto sebelumnya yang hanya meraih 8k sahaja. Ini menunjukkan ramai yang menantikan update terkini dari Diana untuk mengetahui punca dia menfailkan cerai kepada Farid.

Diana Danielle Buang Semua Gambar Farid Kamil, Tutup Ruangan KomenBukan netizen sahaja, MURAI sebagai media juga terkejut dengan khabar ini. Ini kerana baru-baru ini, MURAI menghadiri sidang media Filem Anwar The Untold Story dan terlihat Diana menemani Farid sebagai bintang utama filem tersebut. Diana begitu romantik mendampingi suaminya dan tidak menunjukkan sebarang tanda mereka mengalami kemelut rumahtangga.



Sekadar info, Farid, 42, dan Diana, 32, berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6.

Biodata Artis Farid Kamil

Diana Danielle Buang Semua Gambar Farid Kamil


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button