Penyerang Dmitrovic diharamkan masuk stadium 40 tahun

Penyerang Dmitrovic diharamkan masuk stadium 40 tahun

Penyerang Dmitrovic diharamkan masuk stadium 40 tahun
Dmitrovic bergelut dengan lelaki yang menyerangnya ketika aksi Liga Europa bulan lalu.

AMSTERDAM: Lelaki yang menyerang penjaga gol Sevilla, Marko Dmitrovic ketika aksi Liga Europa di PSV Eindhoven, bulan lalu dilarang memasuki stadium selama 40 tahun, umum kelab Belanda itu, hari ini.

Kekecohan meletus di hujung perlawanan di Eindhoven itu apabila seorang penyokong memasuki padang dan menyerang dan menumbuk muka Dmitrovic sebelum bergelut dengan penjaga gol Serbia itu.

Penyokong berusia 20 tahun itu kemudian dikenakan hukuman penjara tiga bulan.

“Sebagai tambahan kepada larangan memasuki stadium selama 40 tahun, PSV akan meneruskan prosiding untuk mengenal pasti sebarang kerosakan dialami kelab itu berikutan tindakannya.

“Dia turut dikenakan penggantung selama dua tahun daripada berada di sekitar Stadium Philips oleh Pejabat Pendakwa Raya.

“Buat masa ini, berikutan pengharaman ke stadium yang dikenakan terhadapnya, dia tidak boleh muncul di kawasan itu pada bila-bila masa,” kata kelab itu dalam kenyataan.

Lelaki itu sebelum ini dikenakan hukuman larangan ke stadium sehingga 2026 yang dikenakan Persatuan Bolasepak Belanda, tetapi PSV menyatakan dia memasuki stadium dengan menggunakan tiket dibeli oleh rakannya.

Sevilla tewas 0-2 pada perlawanan itu, tetapi mara ke suku akhir hasil kemenangan agregat 3-2 dan juara Liga Europa itu akan berdepan Manchester United, bulan depan. – REUTERS

UMNO bakal diharamkan 16 Julai?

Penyerang Dmitrovic diharamkan masuk stadium 40 tahun


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker