Suami terlopong dapat Satria kusyen Recaro, meter Defi [VIDEO]

Rupanya isteri ‘tebus’ kisah sebelum kahwin

Suami terlopong dapat Satria kusyen Recaro, meter Defi

Suami terlopong dapat Satria kusyen Recaro, meter Defi
Reaksi suami Meera ketika menerima kejutan berupa hadiah sebuah Proton Satria.

REAKSI terkejut seorang suami ketika menerima hadiah daripada isterinya jelas menunjukkan betapa terharunya dia hingga hilang kata-kata.

Tidak perlu kenderaan mewah, hadiah berupa sebuah kereta Proton Satria terpakai sudah cukup untuk menggembirakan hati si suami.

Menurut si isteri, Nurizzati Zamzalee, kejutan hadiah itu dibuat bagi menebus semula kenderaan yang pernah dijual sebelum pasangan itu mendirikan rumah tangga.





Berkongsi cerita kepada mStar, Nurizzati berkata dia dan suami bernikah pada 13 Mei 2022 selepas berkenalan menerusi laman sosial.

“Kami baru je kenal antara satu sama lain, tapi terus ambil keputusan untuk bertunang pada 20 Mac 2022. Masa tu dia (suami) baru berhenti kerja sebagai pemandu lori.

“Jadi dia tak ada pendapatan tetap mahupun wang simpanan melainkan sebuah kereta Satria. Dia kemudian buat keputusan untuk jual Satria bagi menampung hantaran sebanyak RM10,000.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Wang tersebut digunakan untuk barang hantaran dan kos mengadakan tiga majlis secara kecil-kecilan iaitu tunang, nikah dan sanding,” katanya kepada mStar.



Suami Meera (baju hitam) ketika menjual kereta Satria miliknya untuk menampung kos perkahwinan.

Mengimbas kembali waktu itu, Nurizzati yang lebih dikenali sebagai Meera berkata, kereta Satria yang dijual suaminya dulu adalah pada harga hampir RM10,000. Ia sebenarnya adalah kenderaan terpakai yang baru dibeli beberapa bulan sebelum itu.

“Masa tu kami terfikir sama ada patut jual atau tidak. Kereta tu satu-satu aset yang dia ada, itu pun second hand.

“Namun kerana jodoh kami nampak senang, kami teruskan saja (perkahwinan). Suami pun jual kereta untuk tampung kos,” ujarnya yang berasal dari Tapah, Perak.

Suami terlopong dapat Satria kusyen Recaro, meter Defi
Meera dan suami bernikah pada 13 Mei 2022.

Sejak mendirikan rumah tangga, wanita itu bersyukur kerana masih memiliki sebuah motosikal yang digunakannya bersama suami untuk ke mana-mana.



“Kalau nak balik kampung saya di Tapah pun, kami naik motor saja. Saya menetap bersama keluarga mentua di Kuala Lumpur.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Bulan September tahun lalu, suami dapat kerja jadi rider hantar makanan. Alhamdulillah, dia dapat pinjam motor ayahnya,” katanya lagi.

Suami terlopong dapat Satria kusyen Recaro, meter Defi
Suami Meera ketika mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

Berpengalaman sebagai model sambilan selama 10 tahun, Meera menjadikannya sebagai sumber pendapatan, selain melakukan paid review.

“Syukur saya ada wang simpanan dan dengan bantuan ayah mentua, saya beli sebuah kereta Satria second hand pada harga hampir sama dengan yang suami jual sebelum ini.



Isteri diuji apabila suami susah, dan suami diuji ketika senang.

MEERA

ISTERI

“Pemiliknya pun jual sebab nak buat duit kahwin. Bezanya kereta ini lebih banyak modifikasi daripada pemilik terdahulu, antaranya ada pemain Android, sunroof (bumbung tembus cahaya) dan kerusi lebih empuk dan moden.

“Saya cakap nak ganti balik sebab dia banyak berkorban. Suami menangis walaupun susah, saya masih bersama dia. Makan mi segera kat rumah atau kedai mamak dulu perkara biasa,” katanya lagi.

Suami terlopong dapat Satria kusyen Recaro, meter Defi
Tersenyum dengan kejutan kereta Satria.

Bukan kemewahan yang diinginkan, Meera hanya mengharapkan suaminya yang menyertai badan beruniform dan sedang menjalani latihan sejak Februari supaya menjadi pasangan yang terbaik.

“Orang kata isteri diuji apabila suami susah, dan suami diuji ketika senang. Apabila dah senang, jangan lupakan isteri.



“Kepada isteri-isteri lain, kita kena sabar dan jadi tulang belakang buat suami kita.

“Kena sentiasa positifkan suami untuk kebahagiaan rumah tangga,” katanya.

Suami terlopong dapat Satria kusyen Recaro, meter Defi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button