Syamsul faham ibu sedih… kahwini Ira Kazar atas keputusan sendiri

Tiada kaitan disihir



Syamsul faham ibu sedih… kahwini Ira Kazar atas keputusan sendiri

Syamsul faham ibu sedih... kahwini Ira Kazar atas keputusan sendiri
Syamsul nafi diri disihir.

PENGARAH Syamsul Yusof menyangkal dakwaan dibuat oleh ibunya, Datin Patimah Ismail kononnya dia disihir oleh isteri keduanya, Ira Kazar.

Syamsul, 39, menjelaskan pilihan untuk beristeri dua ialah keputusannya sendiri selepas mendapat petunjuk daripada melakukan solat Istikharah.

“Ibu cakap saya kena sihir dan macam-macam lagi. Tapi saya buat solat Istikharah. Orang cakap Ira adalah orang yang buat (sihir).



Syamsul di sidang media khas petang semalam.”No! Saya yang buat pilihan untuk berkahwin lagi satu. Saya lelaki dan saya ada buat (solat) Istikharah. Bukan Ira yang mengganggu, tidak begitu. Saya yang buat keputusan,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Syamsul berkata, dia tidak mampu untuk memenuhi permintaan Patimah yang mahu dia menceraikan Puteri Sarah.

Kata pengarah filem Mat Kilau itu, sekiranya rukun perkahwinan dalam Islam menetapkan meminta kebenaran ibu ialah rukun wajib untuk berkahwin, baharulah dia akan berbuat demikian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Dia sebagai ibu, saya faham dia sangat sedih. Saya faham juga ibu terluka, tapi kalau boleh jangan dikongsi di sosial media.



“Apa-apa pun, saya sudah memilih Ira. Mungkin ibu mahu saya menceraikan Puteri Sarah tetapi saya tidak boleh buat begitu. Saya minta maaf,” katanya.

Ibu cakap saya kena sihir dan macam-macam lagi. Tapi saya buat solat Istikharah. Orang cakap Ira adalah orang yang buat (sihir).

SYAMSUL YUSOF

PENGARAH

Tambah Syamsul lagi, dia tidak kisah sekiranya Patimah berpihak kepada isteri pertamanya itu dan berharap masa akan memulihkan semula hubungan mereka.

“Tak mengapa kalau ibu saya mahu menyokong Sarah. Ini bukan permainan nak suruh sokong bini kedua, macam saya cakap ibu tak tahu cerita sebenar. Masa akan menentukan segalanya,” ujarnya.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.



Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah atas faktor masih percaya ada harapan untuk berbaik semula.

Pada petang Selasa lalu, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Syamsul faham ibu sedih... kahwini Ira Kazar atas keputusan sendiri
Berkahwin dengan Ira adalah pilihan Syamsul sendiri.

Antara alasan dikemukakan Syamsul mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.



Pada pagi Rabu, Puteri Sarah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan permohonan hadanah atau tuntutan hak penjagaan terhadap dua anaknya.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker