Remaja lelaki ditemui lemas dalam longkang

Remaja lelaki ditemui lemas dalam longkang

Remaja lelaki ditemui lemas dalam longkang
Mayat remaja lelaki yang dilaporkan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Jalan Mahkota 7, Taman Ungku Tun Aminah, hari ini. – Foto ihsan bomba

JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Jalan Mahkota 7, Taman Ungku Tun Aminah di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Riduan Akhyar, berkata pihaknya menerima panggilan jam 4.10 petang berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, sejurus menerima panggilan sepasukan 12 anggota dikejarkan ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Faisal Ismail.



“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati terdapat seorang mangsa lemas dipercayai akibat terjatuh ke dalam longkang.

“Anggota menyelamatkan mangsa menggunakan tali dan masuk ke

dalam pembentung di mana mangsa tersangkut. Selepas membawa mangsa naik ke kawasan selamat, anggota melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sementara menunggu pihak Kementerian Kesihatan (KKM) hadir ke lokasi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



“Mangsa berusia 13 tahun berasal dari Sarawak dan tinggal di flat berhampiran lokasi kejadian. Operasi ditamatkan jam 5.15 petang,” katanya.

Difahamkan, mangsa ingin menyeberang longkang itu, tetapi tidak berjaya dan terjatuh.

Budak 6 tahun jatuh longkang ditemui lemas



 

Remaja lelaki ditemui lemas dalam longkang

 


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Banjir: Budak 10 tahun dikhuatiri lemas, terjatuh ketika bermain di kawasan saluran longkang



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading