PM Malaysia yang paling disayangi dan dihormati oleh Arab Saudi adalah Najib Razak.

Ini merupakan fakta yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun.
Manfaat keakraban DSN dengan kerajaan Arab Saudi ini sungguh besar impak dan jasanya kepada negara kita.
Setelah DSN menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, Arab Saudi adalah antara negara pertama yang dilawat oleh beliau.
Beliau mempunyai hubungan yang cukup istimewa dengan Raja Arab Saudi ketika itu, King Abdullah Abdul Aziz.
Ketika lawatan beliau pada tahun 2009, King Abdullah begitu gembira menyambut Najib.
Pertemuan yang sepatutnya dijadualkan selama 30 minit telah dilanjutkan oleh baginda menjadi 75 minit. Baginda menzahirkan hasrat supaya kedua-dua negara menjalin hubungan ekonomi yang rapat melalui pelaburan bersama.
Perhubungan akrab Najib dan baginda tidak pernah putus dan mereka saling menelefon dan menulis warkah sesama mereka.
Di mata Raja Arab Saudi, Najib adalah pemimpin yang sangat berwibawa, dihormati dan hebat.
Sehingga Raja Arab Saudi mengurniakan Darjah Kebesaran Tertinggi Kerajaan Arab Saudi iaitu, ‘King Abdul Aziz Order of Merit‘ (Kelas Pertama) – satu anugerah yang tidak pernah diberi kepada mana-mana Perdana Menteri Malaysia sebelum dan selepas DSN!
Anugerah ini tidak pernah ditarik balik seperti anugerah buruk siku yang lain.
Anugerah ini adalah anugerah penghormatan tertinggi negara Arab Saudi yang dikurniakan kepada pemimpin-pemimpin utama dunia seperti Presiden-presiden Amerika Syarikat, Presiden Russia, Perdana Menteri UK, Presiden China, Perdana Menteri India dan lain-lain.
Dalam senarai nama-nama hebat dunia itu, ada seorang pemimpin Malaysia bernama Najib Razak.
Tidak cukup dengan itu, Raja Abdullah telah menghadiahkan sebuah hadiah yang tidak ternilai iaitu sebidang Kain Kiswah yang pernah menutupi Kaabah seberat 170kg! Kain itu pula adalah dari bahagian paling cantik iaitu pintu Kaabah (multazam) yang paling sarat tenunan benang emas dan peraknya!
DSN telah memanfaatkan keakraban beliau dengan Raja Arab Saudi demi memakmurkan rakyat kita dan negara.
Pelaburan- pelaburan dari Arab Saudi tidak putus-putus masuk dan jemaah Haji Malaysia menerima manfaat cukup besar apabila DSN boleh dengan selamba mendapatkan kuota haji tambahan setiap kali tibanya musim Haji.
Ini menjadikan tempoh menunggu rakyat untuk menunaikan Haji dapat dikurangkan.
Kuota tambahan one off sebanyak 20,000 jemaah haji telah diperolehi dan inilah kuota yang digunakan oleh 1MDB untuk menaja rakyat yang tidak mampu untuk menunaikan haji.
Ramai juga yang tidak tahu sekitar tahun 2011 ketika berlakunya Arab Spring di Mesir, seramai 7,209 pelajar Malaysia terperangkap di Mesir yang sedang bergolak.
Semua ruang udara ditutup di Mesir!
DSN telah memanfaatkan hubungan baik beliau dengan Arab Saudi bagi melakukan operasi menyelamat rakyat Malaysia secara besar-besaran.
Ia bukan misi yang mudah kerana melibatkan jumlah rakyat yang sebegitu banyak.
Disebabkan hubungan akrab beliau dengan negara-negara Arab, penerbangan menyelamat Malaysia telah dibenarkan dan pesawat-pesawat komersial telah dibenarkan mendarat bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir yang sudah tidak ada lagi pentadbiran awam berasaskan undang-undang.
Raja Abdullah membenarkan penggunaan ruang udara dan pendaratan seberapa banyak pun pesawat Malaysia di Jeddah ketika itu.
Jeddah menjadi tempat penempatan sementara rakyat Malaysia ini sebelum diterbangkan pulang ke Malaysia.
Malah, Prince Turki Abdullah Al-Saud telah menaja dan membiayai pembayaran 2 pesawat Jumbo Boeing 747 untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur.
Misi ini telah dilaksanakan dengan cemerlang sehingga tidak ada seorang pun pelajar Malaysia yang menjadi korban kesan huru-hara Arab Spring di Mesir yang menumbangkan Hosni Mubarak ketika itu.
Majoriti dari mereka balik dan sokong PAS.
Atas keakraban itulah King Abdullah telah sudi untuk memberikan derma peribadi bernilai ratusan juta kepada DSN bagi tujuan mengukuhkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri kerana Arab Saudi cukup sayang dan mahukan kerajaan pimpinan DSN terus kekal memerintah bagi tujuan kemakmuran bersama. Baginda menganggap Malaysia adalah sebuah negara Islam contoh yang tidak ekstrim dan mahukan konsep wasotiyah ini dicontohi oleh negara-negara lain.
Malah Bekas Menteri Agama, DS Jamil Khir yang berada ketika pertemuan DSN bersama Raja Abdullah ini mengatakan bahawa keakraban Raja Abdullah dan DSN adalah rapat dan penuh kasih sayang umpama seorang bapa dan anak.
Baginda berjalan berpimpinan tangan, beriringan dengan menggengam erat tangan DSN penuh hormat dan kemesraan.
Demikianlah keakraban DSN dengan King Abdullah.
Apabila baginda wafat, DSN yang berada di Switzerland untuk World Economic Forum terlalu sedih dan telah menghentikan mesyuarat beliau dan terus berangkat ke Arab Saudi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum.
Hubungan akrab Najib dengan kerajaan Arab Saudi ini diteruskan lagi di era King Salman.
King Salman tahu dari Almarhum Abangnya bahawa Najib dan Malaysia adalah rakan karib.
King Salman menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di Asia yang dilawati baginda setelah menjadi Raja Arab Saudi.
Sebelum lawatan baginda itu, telah kecoh di Malaysia isu derma 2.6 billion.
Mahathir dan gerombolannya memainkan isu derma Saudi ini habis-habisan.
Mahathir malah kata, “Arab gila saja akan beri duit sebanyak itu.”
Menteri Luar Arab Saudi telah ditanya berkenaan derma tersebut dan beliau mengesahkan ia adalah derma tulen kerabat Arab Saudi buat Najib.
Pembangkang berterusan memainkan isu berkenaan dan ia menjadi kecoh di seluruh dunia.
Mereka mengatakan derma Saudi tersebut hanyalah rekaan dan alasan Najib
Ditengah-tengah kekecohan itulah King Salman telah datang melawat Malaysia. Beliau salam, memeluk dan mencium DSN.
Malah gambar selfie legend mereka berdua terhasil ketika lawatan inilah.
Ia seolah-olah satu jawapan dengan tamparan hebat kepada semua yang mencerca dan memfitnah Najib. Mustahil Arab Saudi bersikap sedemikian sekiranya Najib menipu dengan menjual nama Arab Saudi demi menyelamatkan dirinya dari skandal kewangan.
Namun raykat tak peduli. Mereka tetap percaya kepada pembohongan-pembohongan Mahathir dan koncu-koncunya.
Lawatan baginda itu bukan dengan tangan kosong.
Baginda mengumumkan pelaburan Aramco dimiliki Arab Saudi di Projek Pengerang, Johor bernilai RM 30 billion (USD 7 billion)
Ini adalah merupakan antara pelaburan yang terbesar sekali dalam sejarah yang Malaysia pernah terima!
Kesemua wang ini telah selamat diterima oleh Petronas sebelum PRU 14.
Malaysia mengumumkan pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa King Salman (KSCIP) sebagai penghormatan kepada baginda ketika lawatan ini.
Malangnya semua ini dirosakkan oleh Mahathir dan koncu-koncunya setelah mereka merampas Putrajaya.
KSCIP telah dibatalkan begitu saja tanpa langsung menghormati Arab Saudi.
Mahathir cari gado dengan semua orang.
Malah mengkritik Arab Saudi secara terbuka dan cuba membuat paksi baru negara Islam yang menyisihkan Arab Saudi yang diterajui oleh Turki dan Pakistan.
Baginda Raja Salman begitu terganggu dengan perbuatan Mahathir menganjurkan Kuala Lumpur Summit 2019 yang membelakangkan Saudi dan menzahirkan rasa tidak gembira beliau melalui panggilan telefon kepada Kerala Tua itu.
Buat pertama kali juga Malaysia mendapat seorang Menteri Luar Negara paling bangang di dunia.
Sebagai Menteri Luar dia patut menjaga hubungan diplomatik apatah pula dengan sebuah negara Islam yang kaya seperti Arab Saudi.
Saifuddin Abdullah boleh upload di Twitter dengan merujuk kepada Saudi, “Ada negara yg tidak saya sukai kerajaannya, tapi
terpaksa dilawati juga, 1 kerana urusan agama,
dan 1 lagi kerana urusan negara.”
Malah Saifuddin boleh melakukan provokasi kepada Menteri Luar Arab Saudi dengan meminta dalil ayat Quran yang mengatakan Arab Saudi adalah pusat dunia Islam melalui ciapan di Twitter.
Tak cukup dengan semua perbuatan diplomatik bangsat sebegini, Malaysia di era Kerala telah menarik semula pasukan tentera Malaysia yang sedang membantu Saudi menyekat serangan Syiah Houthi di Yaman yang mengancam keselamatan Mekah dan Madinah di tengah-tengah kemuncak peperangan!
Lari dari medan perang ini adalah perbuatan khianat terbesar! Apatah pula adanya ancaman nyata ke atas dua Tanah Suci umat Islam di muka bumi ini.
Ayatollah Mat Sabu cukup laju menarik semula penglibatan Malaysia. Suka betul dia sambil dia menjilat Iran.
Kesemua onar yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia pasca kejatuhan Najib ini menjejaskan Malaysia di mata Arab Saudi.
Mereka sudah tidak lagi rapat dengan kita dan kita hilang segala keistimewaan yang dibina Najib.
Kerana itulah tidak ada Perdana Menteri lain yang dimuliakan oleh Kerajaan Arab Saudi seperti Najib. Di hati mereka Malaysia telah mati dengan jatuhnya Najib.
Midin yang mengambil alih dari Mahathir telah membuat kunjungan ke Arab Saudi.
Kerana Hishamuddin mengiringi Muhyiddin dan kerana Hishamuddin ada hubungan yang baik dengan Putera Mohammad bin Salman MBS (kerana beliau adalah Menteri Pertahanan Malaysia era Najib yang menyokong Saudi menyekat serangan Syiah Houthi di Yaman), maka Hisham telah membuat panggilan kepada MBS dan MBS kebetulan berada di lapangan terbang pada waktu itu bagi menyambut ketibaan Raja Jordan dan Putera Mahkota Bahrain.
Menyambut Muhyiddin tidak ada dalam jadual asal MBS. Bila Hisham call baginda pun layankan je la sebab dah alang-alang ada di sana.
Namun pertemuan maya dengan King Salman tidak terjadi walau Hisham mengumumkan akan ada pertemuan maya dengan baginda.
Video call kejap 2 minit pun baginda tak sudi.
Penyu lagi la langsung tak dilayan.
Simpan Hj Hadi jadi Duta Timur Tengah bertaraf menteri pun tak guna. Baik lantik tunggul kayu.
Langsung takde hasil dalam memulihkan hubungan dengan Arab Saudi.
Dan kini Bang Non pun menerima nasib yang serupa.
Kerana Arab Saudi mungkin masih beranggapan bahawa Anwar adalah mewakili PH yang merupakan pakatan asal yang telah memusnahkan hubungan Malaysia dan Saudi.
Melihat keadaan sekarang ini, ianya akan memakan masa yang amat lama untuk Arab Saudi kembali harmoni dan akrab dengan kita.
Kepercayaan mereka telah kita khianati dan madu yang diberi mereka dibalas dengan tuba.
Hanya ada seorang insan saja yang boleh memulihkan semula hubungan Malaysia dan Arab Saudi seperti sedia kala.
Namun insan itu berada di penjara.

Sumber : Nabeel Naqie

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker