Pelajar California hasilkan papan charcuterie terbesar dunia
Pelajar California hasilkan papan charcuterie terbesar dunia
SACRAMENTO: Sekumpulan pelajar dari sebuah sekolah di California memecah Rekod Dunia Guinness selepas berjaya menghasilkan papan charcuterie sepanjang 62.39 meter.
Lapor portal UPI, guru seni bina dan reka bentuk produk di Sekolah Tinggi Adolfo Camarillo, Peter Wachtel membantu menyelaraskan cabaran tersebut yang melibatkan lebih 50 orang pelajar.
Menurut laporan, pelajar Sekolah Tinggi Adolfo Camarillo menggunakan peluntur gim yang dikitar semula untuk menghasilkan papan tersebut.
Pelajar kulinari dari Sekolah Tinggi Pacifica kemudian menghiasi papan tersebut dengan meletakkan lebih 226.7 kilogram (kg) daging yang diawetkan, keju, kekacang, buah-buahan kering, buah zaitun dan makanan lain.
Wakil Rekod Dunia Guinness memeriksa papan charcuterie tersebut dan mengesahkan cabaran itu memecahkan rekod dunia sebelum ini.
Kumpulan pelajar itu berjaya mengatasi rekod papan charcuterie sebesar 45.72 meter yang dicatatkan pada 2019 di Chicago.
Papan charcuterie itu kemudian dipotong kira-kira 65 bahagian kecil untuk diedarkan kepada pihak yang membiayai projek berkenaan.
COVID-19: California catat rekod tertinggi kes baharu dalam sehari
Pelajar California hasilkan papan charcuterie terbesar dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Merosakkan Integriti Badan Kehakiman, Kenapa Hakim Nazlan Belum Di Dakwa
- Berapa kekayaan sebenar Tun Daim?
- “Macam Bagi Kucing Je YB” – Hanafiah Mat Dikritik
- Tiada Perdana Menteri yang Mahathir tidak bergaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Raja Petra kata Muhyiddin dikelilingi cytro bodoh