Tengku Maimun Dalam Dilema?

Tengku Maimun Dalam Dilema?

Tengku Maimun Dalam Dilema?

DS Najib mencabar keputusan penolakan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos.

Ianya berhubung permohonan menyingkirkan Tengku Maimun daripada mendengar rayuan terakhirnya.



Tengku Maimun tidak sepatutnya mendengar dan memutuskan usul penarikan diri itu, yang melibatkan dirinya.

Dengan melakukan sedemikian, ia “mewujudkan campur tangan tidak wajar dalam perjalanan keadilan.

Kerana ada kemungkinan hakim tidak cukup objektif untuk mengetahui sama ada berlaku berat sebelah.

Menolak Tengku Maimun dalam penghakiman yang dikatakan pembabitannya sebagai cacat.



Maka baki 4 hakim tidak menjadi korum sah mengikut Seksyen 74(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Seksyen 74(1) memperuntukan bahawa tiap-tiap prosiding di Mahkamah Persekutuan hendaklah didengar dan diselesaikan oleh tiga orang hakim.

Atau oleh apa-apa bilangan ganjil hakim yang lebih besar sebagaimana yang ditentukan oleh ketua hakim negara dalam apa-apa kes tertentu.

Suami Tengku Maimun, Zamani Ibrahim, sebelum ini memuatnaik hantaran dalam media sosial mempunyai sentimen negatif terhadap DS Najib.



Beliau secara jelas mengaitkan bekas perdana menteri itu atas kerugian 1MDB.

Maka Tengku Maimun sewajarnya menarik diri.

Peguambela juga berhujah, merujuk tempoh masa menguruskan permohonan penarikan diri itu tanpa memberikan peluang secukupnya bagi penyediaan penukaran afidavit dan hujahan.

Adakah keadaan itu menimbulkan apa dipanggil pasukan pembelaan sebagai tergesa-gesa?



Dengan melupuskan dua permohonan menarik diri dan rayuan yang sepatutnya?

Segala-galanya akan diketahui esok apabila panel 5 hakim yang membuat semakan perbicaraan membuat keputusan.

Panel yang mendengar permohonan Najib bagi kebenaran semakan penolakan rayuan di Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli.

Turut bersidang, hakim Vernon Ong, Rhodzariah Bujang, dan Nordin Hassan, serta Abu Bakar Jais, yang dipilih Mahkamah Rayuan.



Dunia menanti, adakah panel 5 hakim akan membuat keputusan berdasarkan fakta yang berpaksikan prinsip Kedaulatan Undang Undang?

Atau berdasarkan usaha untuk menyelamatkan kredibiliti bos mereka dengan menggadaikan prinsip Kedaulatan Undang Undang?

 

Tengku Maimun Dalam Dilema?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button