Polis Terengganu terima 115 permohonan jual mercun, bunga api

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menerima 115 permohonan permit bagi penjualan mercun dan bunga api setakat ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata daripada jumlah itu, 42 permohonan diluluskan, 26 ditolak manakala selebihnya masih dalam proses penelitian.

Terdapat beberapa faktor yang perlu diteliti sebelum pihak polis memberi kelulusan dan semua pihak boleh memohon permit dengan syarat mempunyai lesen perniagaan, tempat yang sesuai dan jenis mercun yang dibenarkan.



“Dalam kes permohonan ditolak, ia disebabkan permohonan yang tidak lengkap, tidak ada senarai mercun dan bunga api yang dibenarkan atau syarikat-syarikat yang meragukan.

“Setakat hari ini (semalam), terdapat 11 kes penjualan mercun dan bunga api tanpa permit membabitkan rampasan bernilai RM7,000.

“Ia membabitkan enam kes di Kuala Terengganu, tiga di Marang serta masing-masing satu kes di Kemaman dan Besut,” katanya pada sidang media semalam.

Rohaimi berkata, pihaknya akan meningkatkan pemantauan penjualan mercun dan bunga api tanpa lesen sepanjang Ramadan ini.



Beliau berkata, terdapat pasukan khas yang ditubuhkan di peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memantau kegiatan penjualan mercun dan bunga api ini.

“Pasukan khas ini ada di bawah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan ketua polis daerah membabitkan pelbagai unit untuk pantau penjualan mercun dan bunga api tanpa permit serta jenis-jenis mercun yang tidak dibenarkan,” katanya.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading